Budak Comel & Rumah Terbakar
Ingat tak lagi gambar seorang budak perempuan berlatar-belakang rumah yang terbakar kat post sebelum ini? Sekarang tengok video flash kat bawah ini.
Terima kasih kepada komen yang dilontarkan untuk gambar ini. Biar aku jelaskan apa yang berlaku sebenarnya di sebalik gambar tersebut.
Budak perempuan tu bernama Zoe. Dia duduk kat kawasan perumahan rumah terbakar tu la. Tapi bukan dia yang bakar rumah tu ok. Dia sangat comel untuk dipersalahkan. Haha..
Sebenarnya bomba yang bakar rumah tu. Diorang bakar, diorang padam. Bukan sebab takde kerja ke apa, tapi itu sebenarnya satu latihan kebakaran. Orang awam termasuk kanak-kanak turut diberikan peluang memadam kebakaran. Menarikkan?
Ayah Zoe (Dave Roth) pada masa itu ialah seorang jurugambar amatur. Dia pun ambil banyak-banyak gambar kat situ termasuklah gambar yang Zoe senyum sinis tersebut.
Gambar yang diberi tajuk ‘Fire Starter‘ dengan caption ‘She’s just an innocent bystander. Or is she?‘ tiba-tiba menjadi fenomena sehingga menarik perhatian pihak JPG Magazine. Bermula dari situlah bapak dia dikenali dan menjadi jurugambar profesional.
Gambar yang diambil pada 2004 ini menyebabkan orang menggelarnya sebagai Disaster Girl. Sehinggakan kalau berlaku kecelakaan di mana-mana, orang akan menyalahkan Disaster Girl. Maka wujudlah website khas untuk Disaster Girl ini di www.disasterkid.com. Haha..
Lepas aku cek balik komen-komen kamu berkaitan gambar tersebut, nampaknya komen cik Pinko yang paling menghampiri jawapan yang menggambarkan situasi sebenar. Wah, tahniah! (Cik Pinko, boleh saya berkenalan?)
Sekarang cuba teka ini pula. Siapa agaknya pencetus kekalutan politik di negeri Perak?

Hahahaha…!
Kredit gambar:
http://jpgmag.com/photos/349763
http://jpgmag.com/photos/524392






Penabur Semasa