Archive

Posts Tagged ‘kawan’

Agak-agaklah Kalau Gementar Pun!

November 12th, 2009 neorackle 6 comments

Tadi petang, aku balik Penang sebab ada hal. Ditemani oleh Baim, Sapik dan Afiq, kami menuju ke Ipoh untuk memburu sebuah bas. Lama dah tak balik naik bas. Biasanya balik dengan kereta Akram.

Lepas selesai sesi melambai tangan kepada skuad pengiring, aku pun naik bas.

Tengah-tengah lepak dalam bas, tiba-tiba aku terbau sesuatu. Bau najis! Makin lama makin kuat. Tiba bau tu melintas sebelah aku. HANCING!

Aku dah usha mamat kat seat seberang aku. Kami sama-sama kerut dahi hasil dari rembesan bau-bauan tersebut. Konon-konon ni bahasa orang lelaki yang malas nak buka mulut. Tiba-tiba bau tu terhenti lama.

Ah sudah!

Takkan dia nak duduk belakang seat aku pulak! Seat belakang aku ni ada seorang perempuan duduk. Baru balak dia hantar dia naik bas tadi. Habislah bau hancing awek ni sampai ke Penang. Harap tak melekat la bau tu sampai musim berdating mereka yang akan datang. Mau bertalak juga rasanya ni.

Keadaan menjadi reda apabila pembawa bau tersebut mula beredar ke bahagian paling belakang bas. Mungkin di situ sistem penghawa dingin lebih kuat. Sesuai untuk menghilangkan bau. Ini agaknya yang dia fikir dalam tempurung otak dia.

Kawasan sekitar radius aku dah mula berasa lega. Boleh mula bernafas tenang. Bas pun mula bertolak keluar.

15 minit kemudian.

Lu kencing apahal?” jerit satu suara dari belakang

Bla..bla..bla…” (tak berapa dengar)

Lu tau ka ini bas aircond, bau satu bas!” suara tu dah makin tinggi. Macam suara cikgu disiplin sekolah aku sound budak.

Bla..bla..bla…” (tak berapa dengar gak)

Siapa pergi jual tiket kat dia ni. Bau hancing la kencing dalam seluar!” suara tu menuju ke depan untuk bertemu rakan sekerjanya yang sedang memandu bas.

Di pendekkan cerita, penyebar bau itu pun di halau turun dari bas. Aku dah mula rasa kasihan lak. Tapi nak gelak gak. Kalau aku robot, dah meletup ni nak detect nama perasaan ‘ketawa kategori kasihan’.

Jadi aku pun brainstorm dengan kawan aku, sebab-sebab berlaku kejadian pembawa hancing tersebut.

1. Pertama kali naik bas, risau bas terhempas. Gementar yang amat, lalu terkencing.

2. Pertama kali naik kenderaan secara halal (beli tiket). Selama ini naik bot, lori dll. Tidak selesa, lalu terkencing.

3. Sejuk yang membawa kesedapan untuk berhancing.

4. Dia duta PBB ke Malaysia untuk menguji Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) Fasal ke-13 iaitu setiap orang berhak atas kebebasan bergerak, menetap, meninggalkan dan kembali ke suatu negeri termasuk negerinya.

Apa kata kamu?

p/s: “Bla..bla..bla…” (saya gementar bang naik bas) – aku rasa la.

Categories: Merepek Tags: ,

Golongan Berseronok

October 26th, 2009 neorackle 7 comments

Afiq baru beli dancing mattress daripada kawan sekelas dia. Tiba-tiba aku teringat, memang dulu ada budak perempuan pm aku kat DC++ suruh aku buat hub-mass announcement untuk promote benda yang sama ini gak. Tapi aku tak dapat tolong pasal melanggar etika DC++ opers. Haha..

Malam tadi, sedang berlepak-lepak di bilik Afiq dan Sapik, aku pun berbicara dengan mereka mengenai suatu perkara yang aku teringat waktu aku bersembang dengan si penjual.

Sebenarnya diorang yang jual ni, bukan nak berbusiness sangat pun. Diorang just nak berkongsi keseronokan bermain benda ini

Aku berjaya menarik perhatian Afiq dan Sapik dari terus melayan internet.

Murnikan niat diorang ni?” aku cuba menambah.

Afiq dah mula angguk-angguk tanda setuju. Aku tunggu reaksi Sapik lak.

Sapik masih diam. Sedang berfikir agaknya. Afiq pun dah mula tengok Sapik. Pandai betul Sapik menjadikan dirinya dominan dalam topik yang aku sendiri buka.

Lalu Sapik mula bersuara…

Kira diorang ni syaitan la?

“……”

sapik dan dancing mat

Categories: Merepek Tags: ,

Filem Terbaik UTP

October 15th, 2009 neorackle 9 comments

Waktu baru balik dari jamuan raya anjuran RISDA hasil jemputan Baim, aku dapat panggilan telefon dari Sutradara filem terkenal, Dato’ Aymni (fdam, fyp, pcs). Kata beliau, ada filem baru nak diterbitkan segera pasal tengah panas sekarang ni. Jadi aku di ambil bekerja selaku pengarah filem tersebut. Dato’ Aymni bertindak selaku Penerbit filem ni.

Selamat menonton. Moga menang la anugerah filem terbaik abad ini. Peace.

Poster filem 'The Day The Internet Stood Still'

Poster filem 'The Day The Internet Stood Still'

Categories: Merepek Tags: ,

3 Kali Berturut-turut

September 19th, 2009 neorackle 9 comments

Sebenarnya aku tak bercadang nak update post aku. Aku ingat nak biar je artikel raya sebelum ni bertakuk lama sikit sampai la habis cuti raya ni. Tapi ada pula yang blog pasal aktiviti berbuka puasa yang aku sertai baru-baru ni. Maka aku pun tak nak la ketinggalan.

Turutan Pertama
14 Sept – Berbuka puasa di Koh Samui, Ipoh. Sempena reunion intern geng2 Mont Kiara dari Frost & Sullivan, Aramis dan KPMG (kena paksa). Berapa banyak dilaburkan untuk reunion bekas-bekas cosultant ni? 8 kepala, RM 200. Murah gak la.

Servis Koh Samui memang tip-top, nak nasi, diorang tambahkan, nak air, diorang tuangkan. Cuma nak makan je diorang tak suapkan.

Nak tahu cerita dari pelbagai sudut. Klik tiga-tiga kisah dari sudut tiga periwayat muktabar ini. Acan, Keyrol dan Ain

Reunion_Intern

Turutan Kedua
15 Sept – Berbuka puasa di KFC, Batu Gajah. Disertai oleh Din, Paker, Ijat dan Iman.

Asalnya cadang nak ke masjid berbuka puasa dengan sebiji kurma – solat maghrib- KFC. Tapi kalau lagi seminit dah nak azan maghrib baru nak sampai masjid, nampak pula macam kami ni datang masjid macam nak makan free, tahlil malas.

Untuk mengelakkan fitnah oleh ahli qaryah, maka kami solat maghrib dahulu kat stesen kereta api Batu Gajah dan baru makan.

Terima kasih Iman sebab aqiqahkan ayam goreng KFC bagi menunaikan nazar beliau yang sihat daripada penyakit yang disyaki H1N1. Huh, ayam buat aqiqah?

Turutan Ketiga
16 Sept – Berbuka puasa di Pa’ Tua. 11 orang semuanya termasuk aku.

Memang sedap konsep masakan ala-thai. Tom yam dia memang superb macam Koh Samui. Apa yang best pasal makan kat sini, kami tak percaya dengan harga makanan yang murah. Hanya RM 128.00!

Ni berniaga nak untung ke nak rugi? Kami siap usha resit tu ramai-ramai. Entah-entah RM 1280.0 agaknya. Mana tau dia silap letak titik perpuluhan pulak kan. Tu pun kami dah tambah macam-macam menu sampingan – sotong, udang goreng tepung. Memang tak dapat terima akal la murahnya makan kat situ.

—————————————–

Tiga hari berturut-turut aku berbuka puasa dengan budak-budak ni, tiga kali berturut-turut juga terpaksa solat maghrib dahulu, baru makan. Hal ini berlaku secara tak sengaja ok.

Semenjak dari tu, aku dinasihatkan bawa Tic Tac siap-siap untuk mengelakkan perkara macam ni terjadi. Tenkiu~ =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Nota Sorok »

Senarai pengampunan tahun ini sudah diisytiharkan. Jika nama anda tiada dalam senarai, cuba lagi tahun depan. Hehe..

Categories: Merepek Tags: ,

Rakaman Santai Ala-ala Nona

September 9th, 2009 neorackle 2 comments

Aku rasa ini penglibatan aku yang terakhir secara rasmi dalam mencarca-merbakan pemikiran pelajar UTP. Dijemput menjadi seorang tetamu undangan untuk menjayakan satu program anjuran pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP) bukan bererti aku ini dah habis modal nak mencapab mencari calon hidup. Tambahan pula, ini bukan program Baitul Muslim atau program mencari menantu. Ini program Santai Bersama UTPRESS.

Topik yang dilontarkan ialah mengenai blog. Kenapa aku? Blog aku tak tinggi pun hit. Dah la kalau aku blog pun, isu macam budak tadika. Cuma kejap-kejap aku terperasan yang aku ini macam budak shuffle yang berpuisi. Memang tak kena langsung!

Bertempat di studio MPPUTP, program ini dipengerusikan oleh Iffwad dan disertai dua panel lain yang otai. Hasmadi Hasbi (bendahari MPP) dan Aiman J (bekas naib presiden Society of Petroleum Engineering).

Setakat ini, rakaman video ini boleh muat turun kat dc++ (utk pelajar UTP). Oh, diingatkan jangan letak high expectation terutama kat ahli panel yang smart tapi isi ulasannya kosong. Pakai sarung kaki tak menjamin idea orang tu bernas sebenarnya.

Salah seorang ahli panel menerangkan tentang kuasa blog yang tidak dapat disekat oleh pihak kerajaan.

Seorang ahli panel mengulas kuasa blog yang tanpa batasan.

Terima kasih kepada pihak MPPUTP dan Syntech Organization kerana memberi kepercayaan.
Aeon.relics boutique & motorsport kerana menaja pakaian dan kenderaan.
Rakan-rakan serumah kerana membahan. Haha..
Paker dan Ijat kerana menasihatkan aku jangan bohong lebih-lebih kat penonton sewaktu rakaman.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Merepek Tags: , , ,