Contest Baru Pulak
Setelah selama ini hanya menyaksikan rakan-rakanku menyertai pertandingan di blog-blog, aku akui, aku slow poke. Aku baru nak sertai aktiviti sebegini rupa. Padan muka.
Faktor menganggur akhirnya mendesak aku untuk turut serta mencari sesuap Kenny Rogers melalui pertandingan anjuran rakan-rakan blogger.
Pertandingan ini dianjurkan oleh kameraxburuk. Aku pun tak tahulah sempat masuk ke tidak. Katanya tutup tarikh pada hujung bulan 1. Tapi tak sinonim la kalau neorackle itu tidak buat kerja di sisa-sisa minit. Haha.. (gelak sambil cekak pinggang).

Serba sedikit tentang gambar aku tangkap. Ini pakcik aku. Dan mungkin pakcik kepada sesiapa yang ada talian darah dengan aku juga. Gambar ditembak ketika dalam perjalanan ke Chiang Mai. Aku tak ingatlah nama secara tepat tempat kami berhenti ini. Ini kat tepi lebuhraya Thailand yang tidak bertol. Baca kuat-kuat. TIDAK BERTOL! haha..
Terpulanglah kepada juri untuk memilih gambar ini layak ditabalkan sebagai pemenang atau tidak.
Gambar dengan resolusi yang lebih besar akan diberi atas permintaan pihak yang berkaitan.
Agak-agak kalau gambar ini menang, pakcik aku mintak royalti tak?
Tak nak kasi la. Nanti hadiah tu buat beli rokok dia pula.





Penabur Semasa