Archive

Posts Tagged ‘jerman’

Awas Bila Aku Geram (feat Afiq)

June 20th, 2009 neorackle 15 comments

Salah seorang kawan aku sedang buat praktikal kat Jerman. Cool.

Nama dia Afiq. Dia sentiasa single.  Cool! (suara hati awek di luar sana).

Tapi dia asyik sibuk akhir-akhir ni. Banyak kerja mungkin. Biasa la minggu-minggu terakhir intern.

Harapan dia yang terakhir, dia berharap dia ada masa. Dia terlampau busy sampai tak ada masa. Dia dah zahirkan kekecewaan ketiadaan masa dia kat posting yang ditinggalkannya di sini.

Dah sebulan lebih dia tak update blog. Memang sangat menggambarkan dia tidak ada masa.

Maka, aku jadi geram bila dia tak update. Aku jadi geram sampai satu tahap aku rasa macam nak tolong update kat dia.

Biar aku bagitau kenapa dia busy. Dia kata dia masuk marathon. Ini antara elemen dia menjadi busy. Aku saspek itu bukan marathon. Tapi satu cubaan terancang untuk rekruit tentera Nazi secara global.

Bayangkan acara merentas desa semasa Family Day v3 pun dia tak masuk, tiba-tiba masuk marathon lak?!

Afiq, betul ke tu bukan latihan tentera? Bukan PLKN Jerman ke? Aku harap lagi tiga minggu nak balik Malaysia ini, kamu tak bermisai Charlie Chaplin.

Afiq ketika mengenakan pakaian tentera Nazi.

Afiq ketika mengenakan pakaian tentera Nazi.

Atas faktor keselamatan bagi menjamin Afiq melepasi kawalan sekuriti, dimaklumkan sekeras-kerasnya bahawa Afiq tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan yang berfahaman Nazi. (Tiba-tiba aku risau takut ada orang percaya.)

Semoga selamat tiba di Malaysia.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Merepek Tags: , ,