Dalam tempoh 3 hari berturut-turut melumat coding dan mengkarate gambar, akhirnya siaplah layout baru blog ini untuk dilancarkan.
Transformasi, evolusi, reformasi. Cakaplah apa sekalipun, namun itulah yang dihadapi saban hari oleh umat manusia terutamanya dari segi rohani. Blog juga tidak terlepas aspek ‘kerohaniannya’.
Tema blog kali ini, aku cuba minimumkan penggunaan gajet. Warna hitam dan hijau sebagai protes aku kepada pemanasan global di era teknologi. Serta turut mengecilkan lebar blog aku ini sebanyak 100px. (WTH am I talking about? Does all this make sense?)

Dari Kiri; Layout basic dan layout terkini.
Kepada rakan-rakan yang sering mengunjungi blog aku, aku berterima kasih atas sokongan kamu sepanjang masa ini dan harap kekalkannya sampailah aku dah tak berminat nak berblog lagi.
Thanks to my friend from China – MG12, the original designer for this wonderful theme – iNove – that had helped me going through some of the modifications process to make iNove still my number one favorite theme.
Happy new year.
Selamat tahun baru untuk yang tak faham apa itu ‘happy new year‘.
Aku tertanya-tanya juga bagaimana sebahagian daripada kamu boleh datang ke blog aku. Ada 3 cara utama untuk pengunjung blog datang ke blog aku selain kamu taip terus alamat penuh blog ini.
- Kamu yang link kan blog aku di blog kamu. (Terima kasih)
- Aku sengaja meninggalkan link blog aku di mana-mana. (Seperti di ruangan komen blog lain, forum atau di belakang pintu tandas awam)
- Melalui pencarian oleh pembaca seperti di enjin carian.
Sebab 1 & 2 agak jelas punca kejadiannya. Tapi bagi sebab no 3 untuk berlaku, aku agak was-was.
Maka aku pun melakukan ujian klinikal mengenai kata kunci yang menyesatkan pembaca ter-kunjung ke blog aku.
- Raja pop, mikaeel
Logik, kerana memang aku ada menulis sesuatu mengenai Raja Pop ini. Tapi aku simpati kepada kamu yang berkunjung ke blog ini jika ingin mencari maklumat mengenai beliau.
Tiada maklumat Raja Pop, sekadar mempromosikan maklumat rakan-rakan aku sahaja.
- Transformers 2
Aku tak sangka hanya dengan sekelumit ayat di dalam blog ini mampu mempengaruhi kamu ke sini.
- Just khai, justkhai
Ada artikel khas kepada salah satu artikel dia yang aku tulis.
Nampak seperti situasi menang-menang, kerana aku mempromosikan blog femes. Dan aku mencuri tuah trafik blognya sedikit. Kamu bila lagi nak mencuri tuah blog aku?
- Festival Teater Perak
Kalau kamu dari negeri lain, aku fikir kamu seorang spy untuk mengetahui apa yang kumpulan teater UTP – Tronoh Teater Shop, lakonkan.
- Teknik larian berpagar
Entah kenapa, aku paling kasihankan kamu yang cari benda ini. Kamu sangat bersungguh-sungguh menyelusuri segenap muka surat di enjin carian. Moga kamu dapat pingat emas.
Cukuplah setakat ini dulu.
Setelah 2 bulan blog baru aku ini bersama dengan kamu, kamu mesti rasa kagumkan?
Nampaknya target aku untuk mencapai 1000 pelawat unik dalam tempoh 2 bulan telah tercapai!
Terima kasih daun palma untuk kamu. Daun keladi sangat kecil untuk dibandingkan penghargaan aku kepada kamu.

Kalau kamu masih ingat survey yang aku jalankan satu ketika dahulu mengenai kewajaran aku berblog, berikut adalah hasil keputusan tersebut. Jutaan terima kasih aku ucapkan kerana kamu telah mengambil bahagian untuk aku lengkapkan hasil kajian bertajuk perangai pelik pengunjung blog aku.
Ini juga sebahagian seruan kerajaan negeri yang disambut oleh aku. Mempamerkan ketelusan dalam kaji selidik yang dilakukan – konsep CAT (competency, accountability and transparency). Meeooww~
Klik untuk paparan keputusan »
Kamu pernah tak dengar lagu yang kamu mainkan sendiri di komputer kamu sambil melayari web atau mana-mana blog? Pernah tak tiba-tiba lagu yang kamu layan tu tiba-tiba dicemari dengan bunyi sumbang lain sewaktu layari site-site tertentu?
Aku pernah. Dan ianya sungguh tak best.
Tolonglah wahai blogger sekalian, aku tak halang kamu untuk letak lagu di blog kamu. Tapi pastikan lagu itu disokong dengan butang-butang yang wajib ada. Play dan pause atau stop. Wajib!
Salah satu cara untuk kamu menghargai dan menghormati pengunjung blog kamu ialah dengan menyediakan kemudahan yang aku sebutkan itu.
Blog kamu bukan blog kenduri kahwin yang setiap kali menerima tetamu mesti dihiburkan dengan lagu Di renjis-renjis di gilis.
Kesan buruk yang kamu hadapi jika aku adalah pengunjung blog sebegitu ialah:
1. Aku terpaksa refresh semula page itu dan terus tekan butang ’stop loading page’ setelah aku dapati isi kandungan posting kamu mula muncul dan pada masa sebelum page kamu load sepenuhnya. Ini kerana aku tak mahu page kamu load lagu pengantin tersebut. (kesan:blog kamu jadi tak cantik kerana Cascading Style Sheet (css) kamu tidak load sepenuhnya)
2. Aku terpaksa bisukan komputer aku terus. (kesan: xda apa2 terhadap kamu, cuma spoilkan mood aku sahaja)
3. Aku tutup terus blog itu. (kesan: hit blog kamu kemungkinan tidak naik)
Harap mendapat kerjasama kamu semua rakan-rakan blogger.
Penabur Semasa