Jul
15

Peringatan

Ombak pun beralun gembira menari-nari mengikut irama angin.
Bertemankan kepulan camar-camar putih.
Kapal-kapal pun berlanggaran dan mati dalam tariannya.

—————————————–

Faham-fahamlah sendiri. Semua orang mengalaminya.

Adakalanya kamu berwatakkan ombak. Ada waktu juga, kamu menjadi angin.
Di lain masa, kamu menjadi si camar dan adakalanya juga, kamu bagaikan kapal.

Jul
11

Carian Yang Menyesatkan

neoZoomAku tertanya-tanya juga bagaimana sebahagian daripada kamu boleh datang ke blog aku. Ada 3 cara utama untuk pengunjung blog datang ke blog aku selain kamu taip terus alamat penuh blog ini.

  1. Kamu yang link kan blog aku di blog kamu. (Terima kasih)
  2. Aku sengaja meninggalkan link blog aku di mana-mana. (Seperti di ruangan komen blog lain, forum atau di belakang pintu tandas awam)
  3. Melalui pencarian oleh pembaca seperti di enjin carian.

Sebab 1 & 2 agak jelas punca kejadiannya. Tapi bagi sebab no 3 untuk berlaku, aku agak was-was.

Maka aku pun melakukan ujian klinikal mengenai kata kunci yang menyesatkan pembaca ter-kunjung ke blog aku.

  1. Raja pop, mikaeel
    Logik, kerana memang aku ada menulis sesuatu mengenai Raja Pop ini. Tapi aku simpati kepada kamu yang berkunjung ke blog ini jika ingin mencari maklumat mengenai beliau.

    Tiada maklumat Raja Pop, sekadar mempromosikan maklumat rakan-rakan aku sahaja.

  2. Transformers 2

    Aku tak sangka hanya dengan sekelumit ayat di dalam blog ini mampu mempengaruhi kamu ke sini.

  3. Just khai, justkhai
    Ada artikel khas kepada salah satu artikel dia yang aku tulis.

    Nampak seperti situasi menang-menang, kerana aku mempromosikan blog femes. Dan aku mencuri tuah trafik blognya sedikit. Kamu bila lagi nak mencuri tuah blog aku?

  4. Festival Teater Perak

    Kalau kamu dari negeri lain, aku fikir kamu seorang spy untuk mengetahui apa yang kumpulan teater UTP – Tronoh Teater Shop, lakonkan.

  5. Teknik larian berpagar
    Entah kenapa, aku paling kasihankan kamu yang cari benda ini. Kamu sangat bersungguh-sungguh menyelusuri segenap muka surat di enjin carian. Moga kamu dapat pingat emas.

Cukuplah setakat ini dulu.

Categories: Merepek Tags: ,
Jul
8

Linkin Park – Lockjaw

Just a minor update about what I found over the net about LP.

Mike and Rob in the studio recording for their new song. The song’s name is Lockjaw.

I am not sure whether this song going to be in the LP next album or not. Plus, it cant be sure it is just another instrumental track like Session and Cure For The Itch or they will put lyrics on this.

Check it here for the full song download in mp3.

Original video:
LPtv

Jul
7

Apa kau buat hah?

Apa kau buat hah?

Apa, apa, apa kau buat?
Kau, kau, kau di atas sana
Apa, apa, apa kau tidurkah?
Kau, kau, kau si penghubung fana

Tekanan, tekanan, tekanan aku macam ini
Tahu, tahu, tahu tak dunia ini berbayar?
Elok, elok, elok kau kesali
Esok, esok, esok kau nak penampar?

Badan, badan, badan dahlah tong
Telinga, telinga, telinga besar piring
Hidung, hidung, hidung konon mancung
Otak, otak, otak papan sekeping

Apa, apa, apa kau belot?
Kau, kau, kau jangan kerek
Apa, apa, apa kau ingat aku takut?
Kau, kau, kau aku tak bodek

Tapi, tapi, tapi aku mahukan mu
Renangi, renangi, renangi alam ini bersama
Maka, maka, maka berikan ku nikmatmu
Kata, kata, kata bukanlah karma

Benda ni lah punya pasal »

satelit

Kamu ingat apa?

Categories: Literasi Tags:
Jul
5

Tali Di Darat, Tali Di Laut

Ku pasangkan nyawa kecil
Ku umpan nyawa besar
Ku tunggu-tunggu si mangsa
Ku tunggu tidak termakan

Rentaplah nyawa kecil
Agar aku bersantapkanmu
Ragutlah tali halus ini
Agar aku meraikanmu

Tali di laut, ku perangkapkan umpan
Tali di darat, aku tunggu bergulungan
Tali di bawah, kelilingnya umpan
Tali di atas, Dia yang tentukan

Umpanku lalai, umpanku buang masa
Umpanku dunia, umpanku kealpaan

Sebentarlah dahulu wahai yang berkuasa
Usahlah kau halau akan diriku ini
Bekalanku ini masih tiada berisi
Belum aku rela untuk pulang ke sana

—————————————–

Nota Sorok »

Sajak ada nada frust sikit sebenarnya sebab waktu tengah sedap-sedap memancing ada dua orang polis datang menegah. Hampas!

Tapi ada gak unsur keinsafan terbit dalam diri. Insaf beb~

Related Posts with Thumbnails
Categories: Literasi Tags: