Aug
4

UTP Cuti Mengejut

Cuti seminggu secara mengejut. Bagus juga benda ini berlaku. Busuk-busuk, benda ini boleh jadi level up pengalaman aku dan rakan-rakan yang lain untuk di implementasi kalau kita pakat-pakat jadi CEO mana-mana syarikat satu hari nanti. Mana tahu ada keputusan ad-hoc yang perlu dilakukan. Masa ini la critical thinking tu penting, betul tak?

UTP dapat cuti sebab kuota demam di UTP dah melampau. Nampak gaya, tak dapat la UTP jadi universiti contoh kerana keupayaan dan keberkesanan menghalang penularan wabak H1N1. Kecewa..kecewa…

h1n1 berita Berita UTP akan cuti mengejut berlaku dengan hebat 2-3 hari sebelum disahkan secara rasmi. Aku kurang senang dengan spekulasi macam ini.

Masuk server dc++ je, mesti ada topik pasal ‘UTP cuti H1N1‘ di chatkan kat situ. Ini memang tahap spekulasi. Spekulasi itu lebih merbahaya dari propaganda.

Mujur UTP bukan satu organisasi yang ada pegangan langsung dalam saham antarabangsa. Kalau tak, jatuh mata wang UTP. Bila jadi macam ini, aku rasa orang akan fikir 2-3 kali sama ada nak beli air kat cafe v5 atau nak beli air kat Old Town White Coffee.

Aku rasa lagu tema yang sesuai untuk orang yang kalut dikala H1N1 macam ini ialah lagu Camisado dari Panic at The UTP Disco. Just sit back, and relax bababada!

Lirik Camisado »

The I.V. and your hospital bed
This was no accident
This was a therapeutic chain of events

This is the scent of dead skin on a linoleum floor
This is the scent of quarantine wings in a hospital
It’s not so pleasant
And it’s not so conventional
It sure as hell ain’t normal
But we deal, we deal

The anesthetic never set in and I’m wondering where
The apathy and urgency is that I thought I phoned in
It’s not so pleasant.
And it’s not so conventional
It sure as hell ain’t normal
But we deal, we deal

Just sit back, just sit back
Just sit back and relax
Just sit back, just sit back
Just sit back and relapse again

Can’t take the kid from the fight
take the fight from the kid
Sit back, relax
Sit back, relapse again
Can’t take the kid from the fight
take the fight from the kid
Just sit back, just sit back

You’re a regular decorated emergency
You’re a regular decorated emergency

This is the scent of dead skin on a linoleum floor
This is the scent of quarantine wings in a hospital
It’s not so pleasant.
And it’s not so conventional
It sure as hell ain’t normal
But we deal, we deal

The anesthetic never set in and I’m wondering where
The apathy and urgency is that I thought I phoned in
It’s not so pleasant.
And it’s not so conventional
It sure as hell ain’t normal
But we deal, we deal

Can’t take the kid from the fight
take the fight from the kid
Sit back, relax
Sit back, relapse again
Can’t take the kid from the fight
take the fight from the kid
Just sit back, just sit back
Sit back, sit back, relax, relapse
Sit back, sit back, bababada
You can take the kid out of the fight

You’re a regular decorated emergency
The bruises and contusions will remind me what you did when you wake
You’ve earned a place atop the ICU’s hall of fame
The camera caught you causing a commotion on the gurney again

You’re a regular decorated emergency
The bruises and contusions will remind me what you did when you wake
You’ve earned a place atop the ICU’s hall of fame
The camera caught you causing a commotion on the gurney again

Can’t take the kid from the fight
take the fight from the kid
Sit back, relax
Sit back, relapse again
Can’t take the kid from the fight
take the fight from the kid
Just sit back, just sit back
Sit back, sit back, relax, relapse
Sit back, sit back, bababada
You can take the kid out of the fight

The I.V. and your hospital bed
This was no accident
This was a therapeutic chain of events

Muat turun lagu Camisado-Panic at The Disco.
Kredit gambar berita: Bernama, KLpos, Malaysiakini, Utusan

Categories: Merepek Tags: ,
Jul
31

Pencemaran Anagram

injab

Gambar ini aku ambil masa aku jalan-jalan kat Island Plaza, Penang. Aku ada masalah dalaman sebenarnya kalau aku tengok benda macam ini.

Ejaan salah ditempat awam!

Sepatutnya ‘Injap Pancur Basah‘. Ini kalau dah eja macam ini, buatkan aku mula bermain anagram. Anagram pertama yang terlintas dalam fikiran aku sungguh mudah.

Najib Pancur Basah.

Memang sengal!

Jul
24

Apabila Ada Yang Sanggup Bertaruh

Rambut aku panjang. Sangat panjang. Dari sem lepas aku tak potong. Aku pun tak pasti sebab apa aku tak nak potong. Boleh jadi sebab nazar, malas atau sebagai simbolik aku ini sudah di semester akhir di UTP.

Sekali tu, aku pergi kelas. Kelas yang menghimpunkan seluruh pelajar Information Technology (IT) & Information System (IS). Bila berlaku situasi macam ini, tak mustahil ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkan kerusi agar boleh duduk. Terlalu ramai!

Disebabkan aku lambat masuk kelas, aku pun cekup mana-mana kerusi yang aku nampak kosong.

Mujur ada lagi kerusi. Semua orang dapat duduk. Aku duduk sebelah seorang pelajar Timor Leste. Dia praktikal satu tempat dengan aku di Frost & Sullivan. Nama dia Sonio.

How are you?” Sonio memulakan cara tipikalnya menegur aku.

I’m fine.

Your hair looks nice!

Aku pandang dia sambil tersipu-sipu malu kononnya.

You gotta be kidding me.

No, seriously. Your hair got style.” Sonio cuba menyakinkan aku.

I’m betting you, it is looking great.” Sonio mula lebih serius sampai ke tahap bertaruh.

Aku senyum. Bangga mungkin. Pujian dari peringkat global memang aku alu-alukan. Aku lihat kepalanya pula selepas itu.

Klik untuk melihat Sonio »

Inilah Sonio yang memuji rambut panjang.

Inilah Sonio yang memuji rambut panjang.

Categories: Merepek Tags: ,
Jul
19

Gula-gula Kehidupan

Keindahan itu mampu menenggelamkan kesedihan kerana sedih itu juga satu seni hidup yang sungguh cantik yang harus kita nilai dan hayati.

I’ve been choking on too many candies.

Satu frasa yang mampu menceritakan tentang kehidupan aku (dan kamu?).
A phrase that can describe my life (and yours?).

Terilham sekali lagi daripada si Wani Ardy.

(Cis, bila pula giliran aku nak ada ilham sendiri ni!)

Categories: Falsampah Tags:
Jul
16

Notis Kepada UTPian.

Semester kali ini, kita (pelajar UTP) akan mengalami sedikit revolusi dalam proses pendaftaran kolej penginapan.

Berbekalkan maklumat yang aku soal bertubi-tubi kepada pihak MPPUTP (Exco 1 Kebajikan), aku berjaya menjengkelkan beliau agar menjawab soalan aku. Prosedur ini dilakukan bagi mengekang kemaraan tentera babi virus H1N1 supaya tidak menembusi sistem imuniti bangunan UTP.

Berikut ialah skema jawapan yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk surat layang yang comel.

utp H1N1 amaran

Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya dari ancaman bahaya dan wabak penyakit.

Klik sini untuk versi yang lebih serius.

Nota Sorok »

p/s: Exco 1 Kebajikan sebenarnya sedang dijangkiti demam campak. Terima kasih kerana sanggup memikul penyakit ini untuk menyelamatkan pelajar lain. Kamu benar-benar berkebajikan. (Isu internet jangan lupa!)

Related Posts with Thumbnails