Aug
22
Aku buka, aku view ada aku.
Aku tak percaya, aku nak pastikan, aku refresh.
Aku nak cuba lagi untuk kukuhkan apa aku lihat, aku refresh lagi.
Apa kata aku cukupkan tiga kali refresh tengok aku ada lagi ke tak.
Aku refresh kali ketiga. Sah! Memang ada lagi.
Aku tamak, aku refresh lagi sekali.
Cis, bila masa pula turun fatwa kalau refresh lebih tiga kali akan terbatal ni!
Aku dah tak ada di situ.

Aug
15
Tiap-tiap kali UTP menyambut Pesta Convofair, pasti berlaku sesuatu. Semacam satu rukun yang melengkapkan majlis konvokesyen UTP. Apa lagi kalau bukan HUJAN. Mari kita tengok reaksi pelajar UTP yang dah mangli dengan situasi ini.

Aug
14
(Perbualan di bawah dikemas kini mengikut taraf kementerian pengajian tinggi)
“Siapa promosikan benda alah ni kepada kamu?” aku menyoal kehairanan.
“Ibrahim“
Aku senyum.
“Kamu tak nak layan?”
Pertanyaannya menjurus ke arah mempromosi. Memang sah dia dah direkrut.
“Kamu gila? Cerita tu mudah ketagih. Dah la setiap episod berkapasiti 1Gb. Sekarang ada 56 episod. Tu pun belum tentu bila nak tamat.” tangan aku mula memetik gitar bagi memindahkan aura geram aku. Aku petik gitar rentak Jigga What / Faint sambil layan konsert LP Road to Revolution. Seirama sungguh.
Perkenalkan rakan sebilik aku, Azman. Kisahnya bermula selepas tamat cuti H1N1 di UTP. Azman (bukan nama sebenar sebenarnya) ialah mangsa rancangan realiti dari Korea – Family Outing (FO).
FO mengisahkan sekumpulan selebriti Korea yang menjalani kehidupan kampung. Sungguh realistik dan menghiburkan.
Selama ini aku hanya menyaksikan rakan sebilik orang lain ditimpa penyakit FO ini. Tapi kejadian ini benar-benar tidak disangka apabila terjadi kepada rakan sebilik aku sendiri. Parah sungguh.
Biar aku beritahu simptom yang menunjukkan kamu dilanda penyakit ini.
- Kamu suka ketawa di hadapan komputer
- Setiap kali kamu buka komputer, FO pasti akan dimainkan
- Kamu menjadi multitask kerana kamu boleh makan, belajar, surfing, sambil menonton FO tanpa kelip mata!
- Selepas kamu bangun tidur, kamu ke komputer untuk sambung melihat FO semata-mata
- Tidur bagi kamu ialah proses untuk mendapatkan tenaga supaya boleh ketawa semula
- Kamu mula suka Lee Hyori (aku yang tak tengok pun TERsuka gak)

Beza ketawa aku dengan Azman ialah, dia ketawa kerana melihat Family Outing tengah-tengah malam, aku ketawa sebab baca komik Junji Ito tengah-tengah malam.
Owh, kalau kamu tak tahu siapa Lee Hyori, google. Blog aku bebas dari gambar perempuan.
Aug
6
Sebagai menyahut seruan Minggu Blog Berperisa H1N1, maka minggu ini memang artikel bertema H1N1 semata-mata. Dibawah ini ialah senarai rentetan peristiwa penting sebelum UTP diumumkan cuti H1N1 secara rasmi.
1. Tiba-tiba jual tiket bas
Antara benda yang mendorong kekalutan di UTP apabila ada pengumuman jualan tiket bas ke pantai timur semenanjung andai UTP ditutup. Walaupun satu kaedah berjaga-jaga, tapi tetap boleh menggegarkan spekulasi UTP akan tutup. Smart giler strategi halus ini! LOL.
2. Perang bisik
Suasana jadi parah sikit bila ada pula yang mula mendengar cakap-cakap daripada pengawal sekuriti, cleaner & pekerja cafe. Satu lagi strategi halus.
Ahli politik patut belajar dari UTP kalau nak gerakkan agenda diorang. Gerakkan pengaruh di kalangan pengawal keselamatan negara, pekerja majlis bandaraya (PBT) dan pengeluar makanan utama. Aku berani jamin, memang berjaya dapat tarik perhatian rakyat. 2nd LOL.
3. Kenyataan tempek
Notis-notis premis UTP akan ditutup tiba-tiba tertampal di laluan awam. Memang mantap betul. Aku tak pasti ini persediaan minda sebelum UTP diisytiharkan tutup atau satu gurauan macam projek 16 September. Ops..
Ini strategi paling hebat yang menimbulkan kekeliruan. Sampai satu tahap, berlaku perang kecil dikalangan Opers dc++ sebab buat hub mass announcement UTP cuti (masa tu tak rasmi lagi). Hasilnya, maka wujudlah resolusi H1N1 yang menyatakan tidak dibenarkan buat hub announcement tanpa perbincangan terlebih dahulu sesama Opers. 3rd LOL.
Pemandangan sebelum UTP ditutup »
Aug
5
Fitrah bercuti
Cuti tanpa assignment dan projek ibarat buah durian yang tidak berduri.
The nature of holiday
Holiday without assignment and project is like a durian without a spike.