9
Rakaman Santai Ala-ala Nona
Aku rasa ini penglibatan aku yang terakhir secara rasmi dalam mencarca-merbakan pemikiran pelajar UTP. Dijemput menjadi seorang tetamu undangan untuk menjayakan satu program anjuran pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP) bukan bererti aku ini dah habis modal nak mencapab mencari calon hidup. Tambahan pula, ini bukan program Baitul Muslim atau program mencari menantu. Ini program Santai Bersama UTPRESS.
Topik yang dilontarkan ialah mengenai blog. Kenapa aku? Blog aku tak tinggi pun hit. Dah la kalau aku blog pun, isu macam budak tadika. Cuma kejap-kejap aku terperasan yang aku ini macam budak shuffle yang berpuisi. Memang tak kena langsung!
Bertempat di studio MPPUTP, program ini dipengerusikan oleh Iffwad dan disertai dua panel lain yang otai. Hasmadi Hasbi (bendahari MPP) dan Aiman J (bekas naib presiden Society of Petroleum Engineering).
Setakat ini, rakaman video ini boleh muat turun kat dc++ (utk pelajar UTP). Oh, diingatkan jangan letak high expectation terutama kat ahli panel yang smart tapi isi ulasannya kosong. Pakai sarung kaki tak menjamin idea orang tu bernas sebenarnya.

Seorang ahli panel mengulas kuasa blog yang tanpa batasan.
Terima kasih kepada pihak MPPUTP dan Syntech Organization kerana memberi kepercayaan.
Aeon.relics boutique & motorsport kerana menaja pakaian dan kenderaan.
Rakan-rakan serumah kerana membahan. Haha..
Paker dan Ijat kerana menasihatkan aku jangan bohong lebih-lebih kat penonton sewaktu rakaman.


Kisahnya bermula sewaktu aku layan lagu Muse. Selak-selak lagu Muse, aku mainkan lagu ‘Showbiz’. Pelik gak pasal sebelum ini, aku layan Muse, macam mana boleh tak perasan lagu ni.



