Oct
21

Lets Make File Sharing in UTP Formally Legal

I met my friend, Tuan Kamil while having a dinner. He showed me a message he received (probably from ITMS) sounds like this;

“Do students still require DC++?”

Well, it is a good sign actually. So, for those who don’t know what is DC++, as a noob, I would say it is a platform (software) for file sharing such as videos, music, etc over a sharing network. In order to make it relevance to UTP, DC++ can be considered as an important asset for UTP students. The network access provided by UTP is a big advantage to allow this file sharing phenomenon among UTPians to happen.

Unfortunately, the past several weeks, some of my friends port have been blocked by the management because they hosted DC server. It is been told, DC++ is the reason that causing the internet to slow down. Well, I called it UTP Mythbuster. As a result, there is no more file sharing (DC++) in UTP – especially in v5.

So my friends in UTP, please leave your suggestion on why do we need DC++ back. Please help us to turn the file sharing formally legal in UTP.

I need to close down this thread comments to avoid redundancy. You can point out your ideas or suggestions on my friend’s blog, Abi Aiman (Aaba).

Sharing is caring.

Categories: Tech Tags: , ,
Oct
15

Filem Terbaik UTP

Waktu baru balik dari jamuan raya anjuran RISDA hasil jemputan Baim, aku dapat panggilan telefon dari Sutradara filem terkenal, Dato’ Aymni (fdam, fyp, pcs). Kata beliau, ada filem baru nak diterbitkan segera pasal tengah panas sekarang ni. Jadi aku di ambil bekerja selaku pengarah filem tersebut. Dato’ Aymni bertindak selaku Penerbit filem ni.

Selamat menonton. Moga menang la anugerah filem terbaik abad ini. Peace.

Poster filem 'The Day The Internet Stood Still'

Poster filem 'The Day The Internet Stood Still'

Categories: Merepek Tags: ,
Sep
19

3 Kali Berturut-turut

Sebenarnya aku tak bercadang nak update post aku. Aku ingat nak biar je artikel raya sebelum ni bertakuk lama sikit sampai la habis cuti raya ni. Tapi ada pula yang blog pasal aktiviti berbuka puasa yang aku sertai baru-baru ni. Maka aku pun tak nak la ketinggalan.

Turutan Pertama
14 Sept – Berbuka puasa di Koh Samui, Ipoh. Sempena reunion intern geng2 Mont Kiara dari Frost & Sullivan, Aramis dan KPMG (kena paksa). Berapa banyak dilaburkan untuk reunion bekas-bekas cosultant ni? 8 kepala, RM 200. Murah gak la.

Servis Koh Samui memang tip-top, nak nasi, diorang tambahkan, nak air, diorang tuangkan. Cuma nak makan je diorang tak suapkan.

Nak tahu cerita dari pelbagai sudut. Klik tiga-tiga kisah dari sudut tiga periwayat muktabar ini. Acan, Keyrol dan Ain

Reunion_Intern

Turutan Kedua
15 Sept – Berbuka puasa di KFC, Batu Gajah. Disertai oleh Din, Paker, Ijat dan Iman.

Asalnya cadang nak ke masjid berbuka puasa dengan sebiji kurma – solat maghrib- KFC. Tapi kalau lagi seminit dah nak azan maghrib baru nak sampai masjid, nampak pula macam kami ni datang masjid macam nak makan free, tahlil malas.

Untuk mengelakkan fitnah oleh ahli qaryah, maka kami solat maghrib dahulu kat stesen kereta api Batu Gajah dan baru makan.

Terima kasih Iman sebab aqiqahkan ayam goreng KFC bagi menunaikan nazar beliau yang sihat daripada penyakit yang disyaki H1N1. Huh, ayam buat aqiqah?

Turutan Ketiga
16 Sept – Berbuka puasa di Pa’ Tua. 11 orang semuanya termasuk aku.

Memang sedap konsep masakan ala-thai. Tom yam dia memang superb macam Koh Samui. Apa yang best pasal makan kat sini, kami tak percaya dengan harga makanan yang murah. Hanya RM 128.00!

Ni berniaga nak untung ke nak rugi? Kami siap usha resit tu ramai-ramai. Entah-entah RM 1280.0 agaknya. Mana tau dia silap letak titik perpuluhan pulak kan. Tu pun kami dah tambah macam-macam menu sampingan – sotong, udang goreng tepung. Memang tak dapat terima akal la murahnya makan kat situ.

—————————————–

Tiga hari berturut-turut aku berbuka puasa dengan budak-budak ni, tiga kali berturut-turut juga terpaksa solat maghrib dahulu, baru makan. Hal ini berlaku secara tak sengaja ok.

Semenjak dari tu, aku dinasihatkan bawa Tic Tac siap-siap untuk mengelakkan perkara macam ni terjadi. Tenkiu~ =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Nota Sorok »

Senarai pengampunan tahun ini sudah diisytiharkan. Jika nama anda tiada dalam senarai, cuba lagi tahun depan. Hehe..

Categories: Merepek Tags: ,
Sep
17

Jangan Kerja Sangat

karya certot neorackle

Aku tekadkan hati. Hari ini aku mesti suarakan isi hati aku. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak akan berganjak.

Bos, saya nak mohon cuti. Boleh tak?

Kamu nak cuti? Kalau kamu nak cuti separuh hari sekalipun, kamu kena kerja separuh mati tahu!

Tapi boss, walau saya tak kerja separuh mati, saya sebenarnya kerja sepenuh hati. Ikhlas!” aku cuba menderhaka.

Dia pandang aku. Sinis.

Cis, aku memang benci muka sebegitu. Apa ingat kerja ikhlas itu maksudnya tak perlu bergajikah?

Aku pusing belakang, seraya mengenakan satu tumbukan padu ke perutnya secara tiba-tiba. Terhambur gigi palsu dia keluar dari mulutnya.

Kalaulah aku dapat buat macam ini,” kepala aku mula berangan apa patut aku buat. Tapi aku matikan sahaja niatku itu. Kerja gila.

*********

Esoknya aku ke pejabat lagi. Nampak gaya, kena kerja la sepanjang orang lain bercuti nanti. Rakan-rakan dah ramai yang bercerita nak bergaya dengan kereta baru balik ke kampung nanti. Yang perempuan dah mula menjaja kuih semperit meja ke meja.

Baru aku nak hidupkan komputer aku, tiba2 pengurus atasan aku datang menghampiri.

Pengurus aku cakap projek aku kendalikan dengan boss aku terpaksa di tangguhkan sebentar. Aku hairan. Aku jenguk-jengukkan kepala mencari boss aku dari tempat duduknya. Tak kelihatan. Tengah curi tulangkah?

Aku menyoal pengurus aku sebab projek ditangguh. Jawapannya sungguh tak terduga.

Nampaknya boss aku dah kerja sepenuh mati. Oleh itu, memang berhak la dia bercuti sepenuh hari selamanya. Dengar cerita terlebih telan ubat tidur semalam. Over-dos.

Aku pun mula memesan 10 balang kuih semperit, 5 balang kuih almond London dan 16 balang tart telur dengan bangganya buat bekalan balik kampung dengan kereta baru aku.

—————————————–

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Sep
13

Muse – The Resistance

Muse The ResistancePada waktu ini, dengan ini dikhabarkan bahawa aku dah mula jatuh cinta dengan semua lagu-lagu dalam album Muse yang terbaru “The Resistance“!

Ada yang cakap album ni leaked disebabkan oleh kesilapan dalam jualan peringkat awal di Melbourne dan Paris. First single untuk album ini, Uprising dirakam di London. Boleh nampak banyak teddy bear di merata jalan kat London. Menarik gak promosi macam ini sambil shoot klip video.

Sekilas dengar mengenai album Muse – The Resistance.

Ada 11 track semuanya.

1. Uprising – Memang catchy (ejaan yg disyorkan Cik Pinko) dan pop. Macam lagu Muse yang lain. Ada macam pengaruh album sebelum ini, Black Holes and Revelations. Boleh juga dikatakan sebagai warm-up untuk album kali ini.

2. Resistance -  Lagu pertama yang berjaya memautkan hati aku untuk album baru ni. First impression aku, lain dari yang lain. Lirik yang optimistik disebaliknya. Chorus yang memang sempoi. Kalau macam tengah down ke, dengar lagu ni tiba-tiba rasa macam ada satu semangat gembira yang meresap lak. Haha..

3. Undisclosed Desires – Lagu ini harmoni. Violin memang superb. Versi pop yang sangat tenang dan simple. Mungkin tenang sebab selama ini aku layan lagu berat agaknya. Lirik memang sooo sweet.

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty is not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

4. United States Of Eurasia – Lagu yang feeling. Lagu pasal keamanan. Bagi aku, memang sesuai dengan tajuk lagu ini. Bukan setakat lirik nya berupa perpaduan, tapi konsep irama dan lagu pun ada penyatu-paduan antara 3 benua terbesar ini. Ada Amerika (Rock), Eropah (gaya Rome dan Itali) dan Asia (irama padang pasir).

5. Guiding Light – Bila masuk track ini, rasanya orang dah boleh dapat tahu identiti dan konsep album kali ini.

6. Unnatural Selection – Rancak dan feel. Kadang-kadang tu ada la dengar macam ala-ala S.O.A.D. Tapi masih mengekalkan identiti muzik Muse.

7. MK UltraArrangement irama memang sangat kena. Ada waktu rancak, perlahan, feeling dan -misteri?

8. I Belong To You – Intro piano macam pernah dengar. Siyes macam familiar. Sampailah ke waktu drum beat masuk terus dapat tau ini memang gaya Muse. Lagu ada unsur salsa dan classic sikit. Haha.. mungkin lepas ini aku patut ambil kelas menari untuk feel lagu ini.

9, 10, 11. Exogenesis – Ok ni bukan aku malas nak ulas sampai gabung tiga-tiga lagu ini. Tapi tiga track ini ada lah satu lagu  simfoni orkestra yang panjang (seperti yang diceritakan oleh Cik Pinko kepada aku).

Ianya dipecahkan kepada tiga bahagian. Overture, Cross-Pollination dan Redemption. Elemen muzik yang ada dalam track ini, misteri (ala-ala filem Batman & Harry Potter), lagu Butterflies & Hurricanes (Muse – Absolution) dan konsep outro yang menggambarkan huraian kepada perpisahan album kali ini. Why can’t we start it over again?

Nota Sorok »

Kalau ada yang tak kena dengan apa aku catat kat atas ni, maksudnya aku tengah high waktu taip sambil layan lagu-lagu ini. Susah nak terjemahkan dalam perkataan album kali ini. Download, hayati sendiri. Mungkin lepas 3 kali dengar, baru kamu dapat biasakan diri.

Pautan muat turun:
Muse – The Resistance (2009)

Related Posts with Thumbnails
Categories: Review Tags: ,