Archive

Archive for the ‘Merepek’ Category

Apa Yang Penting

January 11th, 2010 neorackle 9 comments

Kat rumah aku ada sekelompok kucing. Sebagai pencinta haiwan, aku alu-alukan kehadiran makhluk yang dimartabatkan unggul ini di zaman Mesir purba.

Cuma yang menyebabkan aku menjadi hati kuman apabila berdepan dengan kucing yang tak jinak. Kucing yang lari entot-entot apabila aku cuba menghampiri mereka. Kenapa? Kenapa ini berlaku?

Justeru, aku menjadi ketuanan manusia. Ketuanan kejam yang mendiskriminasikan makhluk antara homo sapiens dan felis catus. Aku hanya menghulurkan makanan kepada catus-catus yang jinak. Mereka yang pandai membodek. Mereka yang menggesel-geselkan diri mereka di bahagian duli aku.

Tapi entah macam mana di suatu waktu, kepala ikan yang aku luluskan peruntukan untuk kucing yang membodek aku, tidak disantap. Sebaliknya lauk itu digonggong dan dibawanya jauh dari aku ke arah puak kucing yang aku cuba jengkelkan.

Sayup-sayup kucing itu berlari. Jauh dari capaian aku, tapi masih di dalam radius organ optik aku.  Dihadiahkan pula  lauk itu kepada gerombolan kucing yang tak tahu membodek aku. Aku pula terasa jengkel. Apa ini? Ini..ini.. ini bodoh!

Aku temanggu sendirian. Mustahil kucing-kucing ini pernah menonton Wonderpet.

Janggal

December 28th, 2009 neorackle 9 comments

Kamu ada rasa semacam tak? Benda ni walaupun dah lama buat, tapi aku masih rasa macam ada tak kena.

Kawan kamu sedang online di Instant Messenger kamu (YM, Gtalk), tapi kamu berbalas mesej di Facebook.

Seolah-olah, kawan kamu ada di sebelah kamu, tapi kamu menelefon untuk berbual dengannya.

Aku sorang je rasa macam ni?

Nota Sorok »

Selalu lepas aku reply komen kat wall, aku akan lihat orang tu online tak kat list IM aku. Lepas tu aku rasa segan sebab dia dapat email notification pasal aku sedang komen sesuatu mengenai dia depan-depan. Tak surprise langsung rasanya.

Categories: Merepek Tags:

See Through The Eyes of Children

December 25th, 2009 neorackle 4 comments

Tengah ada masa lapang, aku selongkar semua benda dalam Facebook. Aku baca manual help dalam Facebook, privacy dan copyright issues. Terms and regulations pun aku baca gak. Dah abis jamah buku kat rak agaknya takde benda nak baca.

Tiba-tiba aku jumpa satu profile budak kecil. Nanti aku bagi tau apa kaitannya. Sebelum tu, lets see, what the children see through their eyes.

Click to enlarge

Click to enlarge

Kids fighting. I believe we must have experiencing this kind of childhood events. Back in the day, the fight usually will end up when one of them made some jokes among the members and apparently the person that are listening to it – the ‘foe’ – will suddenly laugh as well. Or at least smile with that……… Dalam keadaan malu-malu. Haha…

Long story short, they will be friend again. And live happily ever after – I wish that is true.

Children doesnt have ego. Do they? I cant remember. It was a long time ago when I was a kid. You tell me. But this is the main reason they can easily get along with each other no matter how seriously their fight was.

Jadi apa yang cuba disampaikan disini, budak-budak gaduh, tak seteruk orang dewasa gaduh. Budak-budak tak tahu tikam belakang, tak tahu main sihir, tak tahu pakai senjata biologi.  Tapi tak tahulah kan budak zaman Malayneum ni. Kalau ada, ini cuma sebab mereka masih naif. Setakat molotov cocktail buat mercun tu, apalah sangat.

Kat bawah ni sequence gambar kat atas ni just for LOL.

Click to enlarge

Click to enlarge

Ok, apa kaitan dengan Facebook? Sebenarnya Facebook tak bagi budak-budak bawah 13 tahun guna servis diorang. Kalau guna pun, mestilah dengan pemantauan ibu bapa. Kalau tak, inilah jadinya Facebook. Dah macam pusat asuhan kanak-kanak lak. Tinggal tak boleh baling pasir je.

Kamu dulu gaduh, berbaik macam mana?

Categories: Merepek Tags:

Bring It On!

December 16th, 2009 neorackle No comments
Richard Branson in Air Asia uniform

Richard Branson in Air Asia uniform

Bring it on, the sexier the better.” That was the response from Tony Fernandes to Sir Richard Branson’s challenge over the loser in the Formula 1 stakes having to dress up as an airline stewardess on the winner’s airline – AirAsia or Virgin Atlantic.

The Lotus F1 Racing team, of which Fernandes is Team Principal, has even taken the liberty of picking out a lovely crew uniform for Branson.

“It’s quite fitting, don’t you think? Our passengers will be delighted to be served by a Knight of the Realm. But, knowing Richard, the real challenge will be to prevent him from asking our guests ‘coffee, tea or me?’ That would be scary,” said Fernandes, who is a founder and Group CEO of AirAsia, Asia’s largest low-cost carrier.

Source: Here

Hidden Note »

Whoever wins this game, I am really gonna enjoy it. Muahaha..

Categories: Merepek Tags:

Agak-agaklah Kalau Gementar Pun!

November 12th, 2009 neorackle 6 comments

Tadi petang, aku balik Penang sebab ada hal. Ditemani oleh Baim, Sapik dan Afiq, kami menuju ke Ipoh untuk memburu sebuah bas. Lama dah tak balik naik bas. Biasanya balik dengan kereta Akram.

Lepas selesai sesi melambai tangan kepada skuad pengiring, aku pun naik bas.

Tengah-tengah lepak dalam bas, tiba-tiba aku terbau sesuatu. Bau najis! Makin lama makin kuat. Tiba bau tu melintas sebelah aku. HANCING!

Aku dah usha mamat kat seat seberang aku. Kami sama-sama kerut dahi hasil dari rembesan bau-bauan tersebut. Konon-konon ni bahasa orang lelaki yang malas nak buka mulut. Tiba-tiba bau tu terhenti lama.

Ah sudah!

Takkan dia nak duduk belakang seat aku pulak! Seat belakang aku ni ada seorang perempuan duduk. Baru balak dia hantar dia naik bas tadi. Habislah bau hancing awek ni sampai ke Penang. Harap tak melekat la bau tu sampai musim berdating mereka yang akan datang. Mau bertalak juga rasanya ni.

Keadaan menjadi reda apabila pembawa bau tersebut mula beredar ke bahagian paling belakang bas. Mungkin di situ sistem penghawa dingin lebih kuat. Sesuai untuk menghilangkan bau. Ini agaknya yang dia fikir dalam tempurung otak dia.

Kawasan sekitar radius aku dah mula berasa lega. Boleh mula bernafas tenang. Bas pun mula bertolak keluar.

15 minit kemudian.

Lu kencing apahal?” jerit satu suara dari belakang

Bla..bla..bla…” (tak berapa dengar)

Lu tau ka ini bas aircond, bau satu bas!” suara tu dah makin tinggi. Macam suara cikgu disiplin sekolah aku sound budak.

Bla..bla..bla…” (tak berapa dengar gak)

Siapa pergi jual tiket kat dia ni. Bau hancing la kencing dalam seluar!” suara tu menuju ke depan untuk bertemu rakan sekerjanya yang sedang memandu bas.

Di pendekkan cerita, penyebar bau itu pun di halau turun dari bas. Aku dah mula rasa kasihan lak. Tapi nak gelak gak. Kalau aku robot, dah meletup ni nak detect nama perasaan ‘ketawa kategori kasihan’.

Jadi aku pun brainstorm dengan kawan aku, sebab-sebab berlaku kejadian pembawa hancing tersebut.

1. Pertama kali naik bas, risau bas terhempas. Gementar yang amat, lalu terkencing.

2. Pertama kali naik kenderaan secara halal (beli tiket). Selama ini naik bot, lori dll. Tidak selesa, lalu terkencing.

3. Sejuk yang membawa kesedapan untuk berhancing.

4. Dia duta PBB ke Malaysia untuk menguji Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) Fasal ke-13 iaitu setiap orang berhak atas kebebasan bergerak, menetap, meninggalkan dan kembali ke suatu negeri termasuk negerinya.

Apa kata kamu?

p/s: “Bla..bla..bla…” (saya gementar bang naik bas) – aku rasa la.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Merepek Tags: ,