Archive

Archive for the ‘Literasi’ Category

Apa Yang Penting

January 11th, 2010 neorackle 9 comments

Kat rumah aku ada sekelompok kucing. Sebagai pencinta haiwan, aku alu-alukan kehadiran makhluk yang dimartabatkan unggul ini di zaman Mesir purba.

Cuma yang menyebabkan aku menjadi hati kuman apabila berdepan dengan kucing yang tak jinak. Kucing yang lari entot-entot apabila aku cuba menghampiri mereka. Kenapa? Kenapa ini berlaku?

Justeru, aku menjadi ketuanan manusia. Ketuanan kejam yang mendiskriminasikan makhluk antara homo sapiens dan felis catus. Aku hanya menghulurkan makanan kepada catus-catus yang jinak. Mereka yang pandai membodek. Mereka yang menggesel-geselkan diri mereka di bahagian duli aku.

Tapi entah macam mana di suatu waktu, kepala ikan yang aku luluskan peruntukan untuk kucing yang membodek aku, tidak disantap. Sebaliknya lauk itu digonggong dan dibawanya jauh dari aku ke arah puak kucing yang aku cuba jengkelkan.

Sayup-sayup kucing itu berlari. Jauh dari capaian aku, tapi masih di dalam radius organ optik aku.  Dihadiahkan pula  lauk itu kepada gerombolan kucing yang tak tahu membodek aku. Aku pula terasa jengkel. Apa ini? Ini..ini.. ini bodoh!

Aku temanggu sendirian. Mustahil kucing-kucing ini pernah menonton Wonderpet.

Jangan Kerja Sangat

September 17th, 2009 neorackle 3 comments

karya certot neorackle

Aku tekadkan hati. Hari ini aku mesti suarakan isi hati aku. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak akan berganjak.

Bos, saya nak mohon cuti. Boleh tak?

Kamu nak cuti? Kalau kamu nak cuti separuh hari sekalipun, kamu kena kerja separuh mati tahu!

Tapi boss, walau saya tak kerja separuh mati, saya sebenarnya kerja sepenuh hati. Ikhlas!” aku cuba menderhaka.

Dia pandang aku. Sinis.

Cis, aku memang benci muka sebegitu. Apa ingat kerja ikhlas itu maksudnya tak perlu bergajikah?

Aku pusing belakang, seraya mengenakan satu tumbukan padu ke perutnya secara tiba-tiba. Terhambur gigi palsu dia keluar dari mulutnya.

Kalaulah aku dapat buat macam ini,” kepala aku mula berangan apa patut aku buat. Tapi aku matikan sahaja niatku itu. Kerja gila.

*********

Esoknya aku ke pejabat lagi. Nampak gaya, kena kerja la sepanjang orang lain bercuti nanti. Rakan-rakan dah ramai yang bercerita nak bergaya dengan kereta baru balik ke kampung nanti. Yang perempuan dah mula menjaja kuih semperit meja ke meja.

Baru aku nak hidupkan komputer aku, tiba2 pengurus atasan aku datang menghampiri.

Pengurus aku cakap projek aku kendalikan dengan boss aku terpaksa di tangguhkan sebentar. Aku hairan. Aku jenguk-jengukkan kepala mencari boss aku dari tempat duduknya. Tak kelihatan. Tengah curi tulangkah?

Aku menyoal pengurus aku sebab projek ditangguh. Jawapannya sungguh tak terduga.

Nampaknya boss aku dah kerja sepenuh mati. Oleh itu, memang berhak la dia bercuti sepenuh hari selamanya. Dengar cerita terlebih telan ubat tidur semalam. Over-dos.

Aku pun mula memesan 10 balang kuih semperit, 5 balang kuih almond London dan 16 balang tart telur dengan bangganya buat bekalan balik kampung dengan kereta baru aku.

—————————————–

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Apa kau buat hah?

July 7th, 2009 neorackle 6 comments

Apa kau buat hah?

Apa, apa, apa kau buat?
Kau, kau, kau di atas sana
Apa, apa, apa kau tidurkah?
Kau, kau, kau si penghubung fana

Tekanan, tekanan, tekanan aku macam ini
Tahu, tahu, tahu tak dunia ini berbayar?
Elok, elok, elok kau kesali
Esok, esok, esok kau nak penampar?

Badan, badan, badan dahlah tong
Telinga, telinga, telinga besar piring
Hidung, hidung, hidung konon mancung
Otak, otak, otak papan sekeping

Apa, apa, apa kau belot?
Kau, kau, kau jangan kerek
Apa, apa, apa kau ingat aku takut?
Kau, kau, kau aku tak bodek

Tapi, tapi, tapi aku mahukan mu
Renangi, renangi, renangi alam ini bersama
Maka, maka, maka berikan ku nikmatmu
Kata, kata, kata bukanlah karma

Benda ni lah punya pasal »

satelit

Kamu ingat apa?

Categories: Literasi Tags:

Tali Di Darat, Tali Di Laut

July 5th, 2009 neorackle 4 comments

Ku pasangkan nyawa kecil
Ku umpan nyawa besar
Ku tunggu-tunggu si mangsa
Ku tunggu tidak termakan

Rentaplah nyawa kecil
Agar aku bersantapkanmu
Ragutlah tali halus ini
Agar aku meraikanmu

Tali di laut, ku perangkapkan umpan
Tali di darat, aku tunggu bergulungan
Tali di bawah, kelilingnya umpan
Tali di atas, Dia yang tentukan

Umpanku lalai, umpanku buang masa
Umpanku dunia, umpanku kealpaan

Sebentarlah dahulu wahai yang berkuasa
Usahlah kau halau akan diriku ini
Bekalanku ini masih tiada berisi
Belum aku rela untuk pulang ke sana

—————————————–

Nota Sorok »

Sajak ada nada frust sikit sebenarnya sebab waktu tengah sedap-sedap memancing ada dua orang polis datang menegah. Hampas!

Tapi ada gak unsur keinsafan terbit dalam diri. Insaf beb~

Categories: Literasi Tags:

Istikharah Untuk Awak

June 23rd, 2009 neorackle 8 comments

karya certot neorackle

Nak ayat si dia ke tak…

Nak ayat si dia ke tak…

Nak ayat si dia ke tak…

Rumit, kompleks, celaru, serabut!

Semuanya menjurus kepada satu konflik jiwa.

Tenang..tenang..

Istikharah.. Ya, istikharah boleh memberi jawapan.

Keypad Unlocked.. Menu.. New Text Message..

Salam. Awak boleh buat solat sunat Istikharah untuk saya tak? Kalau awak dapat petunjuk untuk ambil saya jadi suami awak, awak bagi tahu okey.

Message Sending..

Related Posts with Thumbnails
Categories: Literasi Tags: ,