Perihal

Seorang pelajar yang tamat pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sebelum itu telah menghabiskan pelajaran di Matrikulasi UIA. Pelajar Teknologi Maklumat dalam pengkhususan Software Engineering dan E-Business.

Pernah menjadi Associate Researcher di Frost & Sullivan (M) untuk department Aerospace & Defense. Menguruskan dua projek berkaitan komunikasi taktikal ketenteraan dan komunikasi strategikal ketenteraan.

Mantan Presiden Syntech Organization UTP sesi 2007-2008. Dalam tempoh sepenggal tersebut, Syntech telah berjaya menganjurkan beberapa program seperti Career Development Carnival (CDC), Khidmat Komuniti untuk rumah anak yatim Nurul Iman-Perak, Jamuan Raya, dan Kelas Multimedia. Memberi panduan asas kepada pentadbiran Syntech seterusnya agar menganjurkan pertandingan permainan komputer untuk warga UTP.  Namun akhirnya penggantinya telah berjaya membawa idea itu ke peringkat yang lebih tinggi, peringkat kebangsaan. Program itu diberi nama Electronic Sports Championship (ESC).

Pernah mewakili Pulau Pinang pada tahun 2003 sebagai wakil bahas untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal (SMKANT).

Gemar membangkitkan isu-isu yang kritikal dan berkonfrantasi sebagai salah satu kaedah untuk belajar dan memahami sesuatu. Penyelesaian terbaik ialah apabila wujudnya pendekatan terbaik di akhir konfrantasi oleh kedua-dua pihak. Andai dibangkitkan topik kontroversi dalam perbualan kita, ini bermaksud kita saling dalam proses pembelajaran dan saya suka kamu.

Boleh dihubungi di neo[at]neorackle[dot]com

Comments are closed.