Archive

Archive for February, 2010

Blog Aku Bukan Diriku Keseluruhan

February 28th, 2010 neorackle 5 comments

Sesiapa yang kenal aku pasti tahu aku ini macam mana (for obvious reason it must be). Maksud kenal ini, orang yang selalu meluangkan masa dengan aku. Orang yang pernah bertemu aku di dunia nyata walaupun aku gemar menghabiskan masa di hadapan komputer untuk menyelesaikan tugasan aku.

Lepas aku tengok balik post-post aku sebelum ini, aku sedar blog ini bagaikan sebahagian lagi daripada diri aku yang tidak benar-benar diterjemahkan di dunia luar. (Split identity? OMG!)

Di luar, aku banyak berdiskusi dengan rakan-rakan. Misalnya di UTP, ramai yang menjadi ‘mangsa’ aku untuk berbincang isu-isu sihat dan junk. Kadang-kadang, bila fikirkan semula perbincangan kami selama ini, seolah-olah ianya satu masturbasi minda. Memang isunya seronok dikupas, tapi pengakhiran perbincangan ke arah mana, kami pun tak tahu. Kami bukannya rapat dengan pak-pak menteri atau ahli politik yang boleh mendengar cadangan kami pun.

Biasanya, isu agamalah yang aku selalu bincang dengan Syafiq kerana dia menyertai gerakan tabligh. Kadangkala, aku berbincang dengan Humaizi (rakan di UTP). Dan ramai lagi yang aku tak dapat nak nyatakan satu persatu.

Bagi isu perjuangan, aku lebih gemar berbincang dengan sahabat sepengajian aku, yang lebih selesa dipanggil Pacak atau pun dalam dunia gerakan ilmiahnya, Rausyanfikir. Disamping itu, saudara Hasnul Hanif Harun, teman seperjuangan sewaktu di UIA suatu masa dahulu dan sehingga sekarang yang masih sedia mendengar idea-idea dan isu kritikal yang aku utarakan. Sekarang Hanif memegang jawatan Naib Presiden Kebangsaan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia).

Bagi isu berkaitan sains, teknologi, alam, aku lebih gemar berbual dengan rakan-rakan UTP aku dari jurusan kejuruteraan kimia. Antaranya Afiq. Ya, siapa yang pernah tengok filem Beautiful Mind, Afiq bolehlah dikatakan genius macam itu. Haha.. Katanya mahu jadi seperti pemenang nobel John Forbes Nash Jr.

Jadi, adakah aku terlalu berbeza dengan isu yang selalu aku kupas di blog aku sendiri atau aku masih diri aku seperti biasa? Bukan apa, aku cuma hendak jadikan blog sebagai tempat santai sahaja. Dunia luar aku terlalu serius. Boleh?

Categories: Monolog Tags: , ,

Ujian Abiliti

February 1st, 2010 neorackle No comments

Aku post artikel pasal ujian abiliti ni pasal aku dah berjanji dengan rakan-rakan aku untuk bantu mereka yang akan ambil ujian ini. Lagipun ini juga sebahagian daripada proses aku untuk menunaikan azam 2010 aku (knowledge sharing & social awareness).

Jadi senang cerita, aku buat ini bukan untuk apa-apa keuntungan atau kepentingan peribadi. If u have problem with it, i bet u are trying to mess up with me and i swear i beat you like the nazis did to that jews. And even ur momma wont  be able to recognize ur face again! Muahaha.. jz jokin.

Aku tak minta apa-apa bayaran atau pun komisyen 10% daripada gaji kamu kalau berjaya dalam sesi ujian temuduga ini dan berjaya masuk ke syarikat idaman kamu. Apa aku harapkan, kamu doakan untuk kesejahteraan aku moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu ujian abiliti (ability test), ujian ini bukan nak kenal pasti abiliti istimewa kamu macam dalam Heroes. Ujian ini tak ada kaitan dengan kuasa ajaib kamu seperti tembus dinding, kebolehan berbual dengan komputer ataupun kehebatan sembuh daripada penyakit tanpa vaksin.

Ujian ini ujian kepintaran. Kepintaran kamu berfikir secara kritis, kreatif dan kritikal.

Kebanyakkan organisasi besar yang bertaraf MNC menggunakan konsep ujian ini sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti calon-calon pekerja yang layak untuk menyertai organisasi mereka melalui proses saringan temuduga.

Kebiasaannya ujian abiliti terbahagi kepada 3 peringkat. Essay, Verbal Test dan Numerical Test. Aku di sini hanya fokus kepada Verbal Test (buat waktu ini).

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh tanya aku terus.

Selamat berjaya.

Klik Ability Test atau boleh ke halaman Ability Test di navigasi menubar.

Related Posts with Thumbnails