Archive

Archive for January, 2010

Contest Baru Pulak

January 24th, 2010 neorackle 2 comments

Setelah selama ini hanya menyaksikan rakan-rakanku menyertai pertandingan di blog-blog, aku akui, aku slow poke. Aku baru nak sertai aktiviti sebegini rupa. Padan muka.

Faktor menganggur akhirnya mendesak aku untuk turut serta mencari sesuap Kenny Rogers melalui pertandingan anjuran rakan-rakan blogger.

Pertandingan ini dianjurkan oleh kameraxburuk. Aku pun tak tahulah sempat masuk ke tidak. Katanya tutup tarikh pada hujung bulan 1. Tapi tak sinonim la kalau neorackle itu tidak buat kerja di sisa-sisa minit. Haha.. (gelak sambil cekak pinggang).

Serba sedikit tentang gambar aku tangkap. Ini pakcik aku. Dan mungkin pakcik kepada sesiapa yang ada talian darah dengan aku juga. Gambar ditembak ketika dalam perjalanan ke Chiang Mai. Aku tak ingatlah nama secara tepat tempat kami berhenti ini. Ini kat tepi lebuhraya Thailand yang tidak bertol. Baca kuat-kuat. TIDAK BERTOL! haha..

Terpulanglah kepada juri untuk memilih gambar ini layak ditabalkan sebagai pemenang atau tidak.

Gambar dengan resolusi yang lebih besar akan diberi atas permintaan pihak yang berkaitan.

Nota Sorok »

Agak-agak kalau gambar ini menang, pakcik aku mintak royalti tak?
Tak nak kasi la. Nanti hadiah tu buat beli rokok dia pula.

Categories: Pertandingan Tags: ,

Linkin Park – Across The Line

January 20th, 2010 neorackle 4 comments

Pelancaran LP Underground 9

Artikel ceria untuk penagih tegar Linkin Park (LP). Pada Disember 2009, LP telah membebaskan lagi karya mereka untuk album bawah tanah. Kini telah masuk musim ke-9!

Seperti biasa, kalau kamu pernah layan lagu-lagu dari album LPU yang sebelum ini, memang banyak lagu yang sama cuma dari versi lain seperti lirik diubah suai, rentak lagu yang berbeza dan tempoh durasi lagu dimainkan. Rasanya tak perlu aku komen bahagian tu, kamu boleh layan sendiri.

Mungkin kamu pernah dengar dari celah mana hala tanpa kamu sedari tentang lagu LP akan kesahihannya. Sedarlah, jika ia bukan dari album rasmi LP, ianya sama ada daripada album LPU atau pun kamu kena tipu. Lain kali refer website LP atau website ini kalau nak tahu ketulenan lagu tu ok? *ehem, ehem*

Ini ialah senarai lagu yang terdapat dalam LPU9.

1 – “A-Six” (Original Long Version 2002)
2 – “Faint” (Demo 2002)
3 – “Sad” (“By Myself” Demo 1999)
4 – “Fear” (“Leave Out All the Rest” Demo 2006)
5 – “Figure.09” (Demo 2002)
6 – “Stick And Move” (“Runaway” Demo 1998)
7 – “Across The Line” (Unreleased Demo 2007)
8 – “Drawing” (“Breaking The Habit” Demo 2002)
9 – “Drum Song” (“Little Things Give You Away” Demo 2006)

Jadi apa yang unik album LPU9?

Album LPU9 menampilkan satu lagu yang tidah pernah direlease sebelum ini. Across The Line! Lagu ini dirakam sewaktu rakaman album Minutes To Midnight pada tahun 2007. Sebenarnya lagu ini pernah dimasukkan dalam salah satu episod LPTV bertajuk ‘Japan’. Semenjak tu, peminat LP mencari lagu ini.

Sebagai menghargai peminat mereka, LP bercadang untuk merakamkan lagu ini sehingga sempurna dan membuatkannya available dalam album LPU9. Apa lagi? Layan~

Klik utk lirik Across The Line »

ACROSS THE LINE

In this desert
In darkness
Lying with the gun across his chest
Pretending
He’s heartless
As the fire flashes in the sky
He was fragile
And frozen
When the bullet took away his friend
And now he’s somehow
More broken

He’s pulling his weapon to his side
Loading it full of his goodbyes
Holding an enemy across the line
He’s pulling his weapon to his side
Loading it full of his goodbyes
Holding an enemy across the line

Sweating
And shaking
Lying with her hands across her chest
She wakes with
Her cravings
As the fire flashes in her eye
She was fragile
And frozen
When the needle took away her friend
When now she’s somehow
More broken

She’s pulling her weapon to her side
Loading it full of her goodbyes
Holding an enemy across the line
She’s pulling her weapon to her side
Loading it full of her goodbyes
Holding an enemy across the line

With every battle he’s choosing
With every fight he’s losing
His enemy’s not far behind
With every promise she’s broken
With every lie she’s spoken
Her enemy’s not far behind

It’s your time
It’s your time
It’s your time
It’s – your – TIME!

He’s pulling his weapon to his side
Loading it full of his goodbyes
Holding an enemy across the line
She’s pulling her weapon to her side
Loading it full of her goodbyes
Holding an enemy across the line

With every battle he’s choosing
With every fight he’s losing
His enemy’s not far behind
With every promise she’s broken
With every lie she’s spoken
Her enemy’s not far behind

Pautan muat turun

Notis: Linkin Park dalam proses untuk merakam album baru untuk 2010. Nantikan.

2010 Resolution

January 14th, 2010 neorackle 9 comments

Wish me luck & pray for my success

Categories: Falsampah, Teaterackle Tags: , ,

Apa Yang Penting

January 11th, 2010 neorackle 9 comments

Kat rumah aku ada sekelompok kucing. Sebagai pencinta haiwan, aku alu-alukan kehadiran makhluk yang dimartabatkan unggul ini di zaman Mesir purba.

Cuma yang menyebabkan aku menjadi hati kuman apabila berdepan dengan kucing yang tak jinak. Kucing yang lari entot-entot apabila aku cuba menghampiri mereka. Kenapa? Kenapa ini berlaku?

Justeru, aku menjadi ketuanan manusia. Ketuanan kejam yang mendiskriminasikan makhluk antara homo sapiens dan felis catus. Aku hanya menghulurkan makanan kepada catus-catus yang jinak. Mereka yang pandai membodek. Mereka yang menggesel-geselkan diri mereka di bahagian duli aku.

Tapi entah macam mana di suatu waktu, kepala ikan yang aku luluskan peruntukan untuk kucing yang membodek aku, tidak disantap. Sebaliknya lauk itu digonggong dan dibawanya jauh dari aku ke arah puak kucing yang aku cuba jengkelkan.

Sayup-sayup kucing itu berlari. Jauh dari capaian aku, tapi masih di dalam radius organ optik aku.  Dihadiahkan pula  lauk itu kepada gerombolan kucing yang tak tahu membodek aku. Aku pula terasa jengkel. Apa ini? Ini..ini.. ini bodoh!

Aku temanggu sendirian. Mustahil kucing-kucing ini pernah menonton Wonderpet.

Tanyalah Ustaz

January 8th, 2010 neorackle 14 comments

Related Posts with Thumbnails