25
Futurama – 3 Episod Terbaik
Post kali ini, aku tujukan kepada peminat kartun futuristik – Futurama. Kisah pasal Fry yang terkena kuarantin dalam kapsul masa selama seribu tahun. Jadi kiranya Fry ni sekarang hidup pada tahun 3000 selepas Masihi. Kartun yang sarat dengan humor dan teknologi yang entah apa-apa.
Ok, cukup setakat tu overview Futurama. Sekarang, aku nak senaraikan 3 episod paling best aku pernah tengok dalam Futurama ini. Sebab apa best? Sebab twist cerita ini yang sangat kreatif dan memberi kesan. Dan secara kebetulan, ketiga-tiga episod ini jiwang sikit. Pelik kan?
Time Keeps On Slipping (0314)
Sinopsis: Cerita ini ada ala-ala spoof Space Jam. Profesor Farnsworth buat satu pasukan bola keranjang nak lawan dengan Harlem Globetrotters. Tapi disebabkan pasukan Prof tu semua bayi-bayi, maka diorang terpaksa susukan bayi tu dengan Cronotons (zat yang mempercepatkan peredaran masa) jadi bayi tu boleh la membesar cepat. Tapi malangnya, proses tu dah mengganggu peredaran masa normal.
Komen: Komen peribadi aku untuk episod ini, memang sarat dengan lawak. Lebih-lebih lagi bila kejap-kejap masa bertukar. Tapi ada juga unsur sebak dalam episod ini. Tapi apa-apa pun, disebalik perangai dungu Fry tu, dia memang dewa idea romantik!

Futurama - Time Keeps on Slipping
The Sting (0509)
Sinopsis: Leela menyahut cabaran Prof Farnsworth untuk mengumpul madu daripada lebah gergasi. Malangnya sewaktu dalam perjalanan pulang, Fry mati sewaktu cuba selamatkan Leela daripada disengat seekor anak lebah. Selepas Fry mati, Leela mendapat isyarat daripada Fry dalam mimpi dia. Leela percaya Fry masih hidup dan boleh diselamatkan.
Komen: Episod ini menggambarkan betapa dalamnya ikatan perasaan antara Leela dan Fry. Memang sangat sentimental la episod ini. Tak dapat nak bayangkan macam mana satu kartun humor boleh bertukar feeling lak. Satu persembahan yang sangat kreatif.

Futurama - The Sting
Bender’s Big Score (Movie)
Sinopsis: Awalan cerita ini menunjukkan betapa teruknya akibat daripada spam email. Daripada spam email ini, telah hadir sekumpulan alien yang mahu merampas kod rahsia merentasi masa pada badan Fry. Maka Bender diarahkan untuk membunuh Fry selepas Bender pun dah terkena virus angkara spam mail. Filem ini jadi kreatif bila Fry sendiri lebih hebat memanipulasi masa berdasarkan pengalaman yang ada berbanding puak alien.
Komen: Benci spammers. Rasa emo bila ada orang kacau hubungan Leela ngn Fry. Bull-crap! Tapi di hujung filem ini…

Futurama - Bender's Big Score




ko layan gak ker citer nie…
Sudah semestinya.
ak paling suka episod parallel universe. menarik gak konsep diorang. biler kat dunia diorang flip coin dapat kepala, kat parallel universe dapat ekor. setiap kali ak buat keputusan, ak mesti teringat citer tu.
mcm mane pun the simpson lg power???
@LaL™
Haha..sori. Tak minat Simpson. Banyak sangat cartoon & series tgh follow sekarang. Nanti kerja lak x jalan.