Afiq baru beli dancing mattress daripada kawan sekelas dia. Tiba-tiba aku teringat, memang dulu ada budak perempuan pm aku kat DC++ suruh aku buat hub-mass announcement untuk promote benda yang sama ini gak. Tapi aku tak dapat tolong pasal melanggar etika DC++ opers. Haha..
Malam tadi, sedang berlepak-lepak di bilik Afiq dan Sapik, aku pun berbicara dengan mereka mengenai suatu perkara yang aku teringat waktu aku bersembang dengan si penjual.
“Sebenarnya diorang yang jual ni, bukan nak berbusiness sangat pun. Diorang just nak berkongsi keseronokan bermain benda ini”
Aku berjaya menarik perhatian Afiq dan Sapik dari terus melayan internet.
“Murnikan niat diorang ni?” aku cuba menambah.
Afiq dah mula angguk-angguk tanda setuju. Aku tunggu reaksi Sapik lak.
Sapik masih diam. Sedang berfikir agaknya. Afiq pun dah mula tengok Sapik. Pandai betul Sapik menjadikan dirinya dominan dalam topik yang aku sendiri buka.
Lalu Sapik mula bersuara…
“Kira diorang ni syaitan la?”
“……”

Post kali ini, aku tujukan kepada peminat kartun futuristik – Futurama. Kisah pasal Fry yang terkena kuarantin dalam kapsul masa selama seribu tahun. Jadi kiranya Fry ni sekarang hidup pada tahun 3000 selepas Masihi. Kartun yang sarat dengan humor dan teknologi yang entah apa-apa.
Ok, cukup setakat tu overview Futurama. Sekarang, aku nak senaraikan 3 episod paling best aku pernah tengok dalam Futurama ini. Sebab apa best? Sebab twist cerita ini yang sangat kreatif dan memberi kesan. Dan secara kebetulan, ketiga-tiga episod ini jiwang sikit. Pelik kan?
Time Keeps On Slipping (0314)
Show »
Sinopsis: Cerita ini ada ala-ala spoof Space Jam. Profesor Farnsworth buat satu pasukan bola keranjang nak lawan dengan Harlem Globetrotters. Tapi disebabkan pasukan Prof tu semua bayi-bayi, maka diorang terpaksa susukan bayi tu dengan Cronotons (zat yang mempercepatkan peredaran masa) jadi bayi tu boleh la membesar cepat. Tapi malangnya, proses tu dah mengganggu peredaran masa normal.
Komen: Komen peribadi aku untuk episod ini, memang sarat dengan lawak. Lebih-lebih lagi bila kejap-kejap masa bertukar. Tapi ada juga unsur sebak dalam episod ini. Tapi apa-apa pun, disebalik perangai dungu Fry tu, dia memang dewa idea romantik!

Futurama - Time Keeps on Slipping
The Sting (0509)
Show »
Sinopsis: Leela menyahut cabaran Prof Farnsworth untuk mengumpul madu daripada lebah gergasi. Malangnya sewaktu dalam perjalanan pulang, Fry mati sewaktu cuba selamatkan Leela daripada disengat seekor anak lebah. Selepas Fry mati, Leela mendapat isyarat daripada Fry dalam mimpi dia. Leela percaya Fry masih hidup dan boleh diselamatkan.
Komen: Episod ini menggambarkan betapa dalamnya ikatan perasaan antara Leela dan Fry. Memang sangat sentimental la episod ini. Tak dapat nak bayangkan macam mana satu kartun humor boleh bertukar feeling lak. Satu persembahan yang sangat kreatif.

Futurama - The Sting
Bender’s Big Score (Movie)
Show »
Sinopsis: Awalan cerita ini menunjukkan betapa teruknya akibat daripada spam email. Daripada spam email ini, telah hadir sekumpulan alien yang mahu merampas kod rahsia merentasi masa pada badan Fry. Maka Bender diarahkan untuk membunuh Fry selepas Bender pun dah terkena virus angkara spam mail. Filem ini jadi kreatif bila Fry sendiri lebih hebat memanipulasi masa berdasarkan pengalaman yang ada berbanding puak alien.
Komen: Benci spammers. Rasa emo bila ada orang kacau hubungan Leela ngn Fry. Bull-crap! Tapi di hujung filem ini…

Futurama - Bender's Big Score
Petang tadi, Datuk Seri 1Malaysia baru selesai membentangkan kerangka terakhir untuk Rancangan Malaysia ke-9 (Bajet 2010). Nak tahu intipati bajet sulung yang beliau bentangkan, Google. Nak tengok siapa yang akan kutuk bajet beliau, pergi blog Pro-PR. Nak tengok siapa akan puji bajet beliau, esok pergi beli Utusan.
Kali terakhir (dan satu-satunya) pembentangan bajet yang aku saksikan dari awal sampai habis, masa kali terakhir Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir bentang bajet. Masa tu tak dipanggil bajet lagi. Tapi dipanggil belanjawan. Kalau tak salah aku masa tu Dr Mahathir bercakap kita bukan setakat hendak berbelanja, tapi menguruskan dana (macam ni la lebih kurang konsep dia).
Maka terberanak lagi satu perkataan inggeris yang diMelayukan. Ok cukup takat tu.
Kembali kepada topik, nak tergelak juga bila baca keratan akhbar kat bawah ni.

Memang power testimoni bajet kali ini. Pusing-pusing, keluarga sendiri yang sokong. Jadi sebagai pelajar yang dah nak graduate, kalau nak apply kerja, dapatkan testimoni daripada kaum kerabat yang berpengaruh. Faham? Bagus~
Berita penuh di BERNAMA.
Nota Sorok »
“Go to a fortune teller, and ask the person. How tomorrow stock exchange will do?”, Mr Radzi. UTP International Financial Management Lecturer
I met my friend, Tuan Kamil while having a dinner. He showed me a message he received (probably from ITMS) sounds like this;
“Do students still require DC++?”
Well, it is a good sign actually. So, for those who don’t know what is DC++, as a noob, I would say it is a platform (software) for file sharing such as videos, music, etc over a sharing network. In order to make it relevance to UTP, DC++ can be considered as an important asset for UTP students. The network access provided by UTP is a big advantage to allow this file sharing phenomenon among UTPians to happen.
Unfortunately, the past several weeks, some of my friends port have been blocked by the management because they hosted DC server. It is been told, DC++ is the reason that causing the internet to slow down. Well, I called it UTP Mythbuster. As a result, there is no more file sharing (DC++) in UTP – especially in v5.
So my friends in UTP, please leave your suggestion on why do we need DC++ back. Please help us to turn the file sharing formally legal in UTP.
I need to close down this thread comments to avoid redundancy. You can point out your ideas or suggestions on my friend’s blog, Abi Aiman (Aaba).
Sharing is caring.
Waktu baru balik dari jamuan raya anjuran RISDA hasil jemputan Baim, aku dapat panggilan telefon dari Sutradara filem terkenal, Dato’ Aymni (fdam, fyp, pcs). Kata beliau, ada filem baru nak diterbitkan segera pasal tengah panas sekarang ni. Jadi aku di ambil bekerja selaku pengarah filem tersebut. Dato’ Aymni bertindak selaku Penerbit filem ni.
Selamat menonton. Moga menang la anugerah filem terbaik abad ini. Peace.

Poster filem 'The Day The Internet Stood Still'
Penabur Semasa