17
Jangan Kerja Sangat

Aku tekadkan hati. Hari ini aku mesti suarakan isi hati aku. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak akan berganjak.
“Bos, saya nak mohon cuti. Boleh tak?“
“Kamu nak cuti? Kalau kamu nak cuti separuh hari sekalipun, kamu kena kerja separuh mati tahu!“
“Tapi boss, walau saya tak kerja separuh mati, saya sebenarnya kerja sepenuh hati. Ikhlas!” aku cuba menderhaka.
Dia pandang aku. Sinis.
Cis, aku memang benci muka sebegitu. Apa ingat kerja ikhlas itu maksudnya tak perlu bergajikah?
Aku pusing belakang, seraya mengenakan satu tumbukan padu ke perutnya secara tiba-tiba. Terhambur gigi palsu dia keluar dari mulutnya.
“Kalaulah aku dapat buat macam ini,” kepala aku mula berangan apa patut aku buat. Tapi aku matikan sahaja niatku itu. Kerja gila.
*********
Esoknya aku ke pejabat lagi. Nampak gaya, kena kerja la sepanjang orang lain bercuti nanti. Rakan-rakan dah ramai yang bercerita nak bergaya dengan kereta baru balik ke kampung nanti. Yang perempuan dah mula menjaja kuih semperit meja ke meja.
Baru aku nak hidupkan komputer aku, tiba2 pengurus atasan aku datang menghampiri.
Pengurus aku cakap projek aku kendalikan dengan boss aku terpaksa di tangguhkan sebentar. Aku hairan. Aku jenguk-jengukkan kepala mencari boss aku dari tempat duduknya. Tak kelihatan. Tengah curi tulangkah?
Aku menyoal pengurus aku sebab projek ditangguh. Jawapannya sungguh tak terduga.
Nampaknya boss aku dah kerja sepenuh mati. Oleh itu, memang berhak la dia bercuti sepenuh hari selamanya. Dengar cerita terlebih telan ubat tidur semalam. Over-dos.
Aku pun mula memesan 10 balang kuih semperit, 5 balang kuih almond London dan 16 balang tart telur dengan bangganya buat bekalan balik kampung dengan kereta baru aku.
—————————————–
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin




Jap.. Ade kaitan ngan ko ke? Bunyi nyer cam ade tapi penuh dgr simbolik dan drama.. Teknik penceritaan seperti monolog dalaman amat menonjonl. Hehe..
Selamat Hari Raya Arip!
Ni sebenarnya skrip iklan raya Petronas yang akan aku arahkan nanti. Haha..
Selamat Hari Raya gak Afiq
Wish you all, Happy Eid & Happy Holiday! Have a nice weekend!
p/s: We would like to invite all to join our Social Blogger Community – Meet other bloggers & get free blog traffic!