2
Malaysia Makin Maju.
Aku teringat masa lepak dengan kawan sekolah beberapa tahun lepas. Bicara kami ada yang serius, ada yang sinis dan ada yang sampah. Antara topik yang kami bualkan, mengenai harga minyak. Terpulang kepada cara pemikiran kamu untuk menilai mana satu serius, sinis dan sampah.
Harga minyak naik, ini menunjukkan kita makin menghampiri ciri-ciri negara maju seperti Amerika. Kerajaan menarik sabsidi minyak, itu juga ciri negara maju. Kewangan kita makin kukuh.
Kerajaan memberi idea alternatif atas kenaikan minyak dengan menawarkan minyak yang kualitinya lebih rendah pada harga yang sama dengan minyak yang digunakan sebelum ini. RON 95 sebenarnya tak memberi kesan teruk SANGAT kepada enjin. Tapi masih ada kesan sebenarnya. Dari aspek jangka hayat enjin, sudah tentu RON 97 lebih baik. Jadi kalau pakai RON 95 (aku ulangi, enjin tak cepat rosak pun), jangka hayat enjin mesti lebih pendek dari RON 97.
Baguskan? Industri automotif Malaysia akan berkembang kalau kereta cepat rosak. Punyalah kerajaan kita perah otak suruh tukar kereta lama, naikkan insuran untuk kereta lama, bagi diskaun pembelian kereta baru untuk kereta lama yang dijualkan, tapi tak nampak pun keberkesanan. Jadi dengan memendekkan jangka hayat enjin, ini memang idea terbaik dari kerajaan.
Jadi mana pergi duit yang sepatutnya diguna untuk sabsidikan minyak negara ini? Sudah tentulah ke bahagian kajian dan pembangunan kereta nasional agar lebih ramai rakyat Malaysia mampu membeli kereta.
Siapa ingat lagi 11 Hadiah Mesra Rakyat yang Datuk Seri Najib umumkan genap 100 hari memerintah Malaysia? Antara hadiah yang dinyatakan ‘potongan harga 20 peratus kepada pengguna kad prabayar SmartTag dan Touch ‘N’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan berkuat kuasa 1 September 2009′. 1 September ialah harga baru minyak mulai dikuat-kuasakan.
Ah, aku kagum sekali lagi. DS Najib memang Perdana Menteri yang berpandangan jauh. Biar aku ulang balik buktinya.
1) Mengumumkan kenaikan harga minyak pada 1 September seawal bulan Mei 2009.
2) Memikirkan kaedah agar industri automotif negara berkembang pesat di masa depan.
3) Memberi berita baik seawal bulan Julai mengenai diskaun tol pada 1 September.
Perkara terakhir, kerajaan kita mulai berpijak di bumi yang nyata. Mereka sedar kemampuan mereka untuk menaik-taraf pengangkutan awam di Malaysia agak sukar. Semenjak Rancangan Malaysia di bawah Tun Abdullah, usaha baik pulih pengangkutan awam ibarat melepas batuk di tangga. Mungkin sebab itu DS Najib fokus kepada pemilikan kenderaan persendirian agaknya. Benarlah Malaysia memang unik.
Kredit gambar:
Telegraph.co.uk




Ur theory is quite interesting and make sense. Honestly I think Najib is Mahathir Junior.
You know what? First time I read ur comment, the sentence is like a spam comment that I always received. Haha..
Anyway, I also have the same thought as u did.
Kuiz IFM tadi kau jawab apa untuk kenaikan harga minyak?
pening
Apa yang kau pening? Aku patut membloging hari ni sebenarnya. Tapi aku sibuk dari pagi-petang-sampai malam.
Haih~ Doakan kejayaan untuk Ujian Abiliti Petronas aku esok ya.