
Gambar ini aku ambil masa aku jalan-jalan kat Island Plaza, Penang. Aku ada masalah dalaman sebenarnya kalau aku tengok benda macam ini.
Ejaan salah ditempat awam!
Sepatutnya ‘Injap Pancur Basah‘. Ini kalau dah eja macam ini, buatkan aku mula bermain anagram. Anagram pertama yang terlintas dalam fikiran aku sungguh mudah.
Najib Pancur Basah.
Memang sengal!
Rambut aku panjang. Sangat panjang. Dari sem lepas aku tak potong. Aku pun tak pasti sebab apa aku tak nak potong. Boleh jadi sebab nazar, malas atau sebagai simbolik aku ini sudah di semester akhir di UTP.
Sekali tu, aku pergi kelas. Kelas yang menghimpunkan seluruh pelajar Information Technology (IT) & Information System (IS). Bila berlaku situasi macam ini, tak mustahil ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkan kerusi agar boleh duduk. Terlalu ramai!
Disebabkan aku lambat masuk kelas, aku pun cekup mana-mana kerusi yang aku nampak kosong.
Mujur ada lagi kerusi. Semua orang dapat duduk. Aku duduk sebelah seorang pelajar Timor Leste. Dia praktikal satu tempat dengan aku di Frost & Sullivan. Nama dia Sonio.
“How are you?” Sonio memulakan cara tipikalnya menegur aku.
“I’m fine.“
“Your hair looks nice!“
Aku pandang dia sambil tersipu-sipu malu kononnya.
“You gotta be kidding me.“
“No, seriously. Your hair got style.” Sonio cuba menyakinkan aku.
“I’m betting you, it is looking great.” Sonio mula lebih serius sampai ke tahap bertaruh.
Aku senyum. Bangga mungkin. Pujian dari peringkat global memang aku alu-alukan. Aku lihat kepalanya pula selepas itu.
Klik untuk melihat Sonio »

Inilah Sonio yang memuji rambut panjang.
Keindahan itu mampu menenggelamkan kesedihan kerana sedih itu juga satu seni hidup yang sungguh cantik yang harus kita nilai dan hayati.
I’ve been choking on too many candies.
Satu frasa yang mampu menceritakan tentang kehidupan aku (dan kamu?).
A phrase that can describe my life (and yours?).
Terilham sekali lagi daripada si Wani Ardy.
(Cis, bila pula giliran aku nak ada ilham sendiri ni!)
Semester kali ini, kita (pelajar UTP) akan mengalami sedikit revolusi dalam proses pendaftaran kolej penginapan.
Berbekalkan maklumat yang aku soal bertubi-tubi kepada pihak MPPUTP (Exco 1 Kebajikan), aku berjaya menjengkelkan beliau agar menjawab soalan aku. Prosedur ini dilakukan bagi mengekang kemaraan tentera babi virus H1N1 supaya tidak menembusi sistem imuniti bangunan UTP.
Berikut ialah skema jawapan yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk surat layang yang comel.

Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya dari ancaman bahaya dan wabak penyakit.
Klik sini untuk versi yang lebih serius.
Nota Sorok »
p/s: Exco 1 Kebajikan sebenarnya sedang dijangkiti demam campak. Terima kasih kerana sanggup memikul penyakit ini untuk menyelamatkan pelajar lain. Kamu benar-benar berkebajikan. (Isu internet jangan lupa!)
Ombak pun beralun gembira menari-nari mengikut irama angin.
Bertemankan kepulan camar-camar putih.
Kapal-kapal pun berlanggaran dan mati dalam tariannya.
—————————————–
Faham-fahamlah sendiri. Semua orang mengalaminya.
Adakalanya kamu berwatakkan ombak. Ada waktu juga, kamu menjadi angin.
Di lain masa, kamu menjadi si camar dan adakalanya juga, kamu bagaikan kapal.
Penabur Semasa