20
Awas Bila Aku Geram (feat Afiq)
Salah seorang kawan aku sedang buat praktikal kat Jerman. Cool.
Nama dia Afiq. Dia sentiasa single. Cool! (suara hati awek di luar sana).
Tapi dia asyik sibuk akhir-akhir ni. Banyak kerja mungkin. Biasa la minggu-minggu terakhir intern.
Harapan dia yang terakhir, dia berharap dia ada masa. Dia terlampau busy sampai tak ada masa. Dia dah zahirkan kekecewaan ketiadaan masa dia kat posting yang ditinggalkannya di sini.
Dah sebulan lebih dia tak update blog. Memang sangat menggambarkan dia tidak ada masa.
Maka, aku jadi geram bila dia tak update. Aku jadi geram sampai satu tahap aku rasa macam nak tolong update kat dia.
Biar aku bagitau kenapa dia busy. Dia kata dia masuk marathon. Ini antara elemen dia menjadi busy. Aku saspek itu bukan marathon. Tapi satu cubaan terancang untuk rekruit tentera Nazi secara global.
Bayangkan acara merentas desa semasa Family Day v3 pun dia tak masuk, tiba-tiba masuk marathon lak?!
Afiq, betul ke tu bukan latihan tentera? Bukan PLKN Jerman ke? Aku harap lagi tiga minggu nak balik Malaysia ini, kamu tak bermisai Charlie Chaplin.
Atas faktor keselamatan bagi menjamin Afiq melepasi kawalan sekuriti, dimaklumkan sekeras-kerasnya bahawa Afiq tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan yang berfahaman Nazi. (Tiba-tiba aku risau takut ada orang percaya.)
Semoga selamat tiba di Malaysia.





patutla sms aku tanya afiq masuk merentas desa ke x
Haha.. Aku sebenarnye mmg nak join merentas desa V3 tu, tapi kan aku ade appointment dgn ambassy german masa tu, nak settlekn pasal visa. Ape dah arip ni. Bukan aku xnak masuk, cuma xde masa je, ade urusan lain. Aku janji, balik ni, kalo ade event marathon, konfirm aku akan masuk. Even kalo event luar pun aku akan masuk gak. Hehe, semangat gler pulak
cess, afiq dh berubah..ni upenye lesson learnt yg die dpt dr intern kat german..haha xpe2, atleast de perubahan, xdela duk std je..
Haha…aku sapot aq~
afiq dh brubh siot.bkn lg afiq yg dlu..
haha,aku xksah…jji aku dpt pe yg aku nk ^_^
huh!.. afig tipu je tu.. jgn pecayer ckp die.. balik nati kita ‘tabur’ die..
Othman : Aku xde la berubah sgt, mungkin aku dah semakin tough skit kot. Haha
Burnz : Thanks (Ko nak ape baim? huhu..)
Asrul : Ko nak tabur aku ape asrul??
Neo : Post ni dah jadik cam post aku plak..
@Afiq
Haha..memang nk jadikan post ko pn.
Sebagai menghormati post ko, *ehm* maka aku pn xnk komen as admin. See my avatar appear at the left side as others.
Haha.. Xde nye. Ni stil post ko. By the way, thanks
Ko memang memahami aku, aku terharu~~
Hehe..thanks to you too.
Dah lama ak x dengar ucapan terharu dari sapa2.
wakaka…
Thanks gak kepada rakan2 yang telah berjaya menceriakan Afiq melalui komen2 yg dilontarkan di post ini.
Thanks!
ahh..meh le melawat blog aku lak mereka2 ni.bias la.haha
Haha..
Jom singgah blog sapik lak.
Lupa lak minggu ni minggu melawat blog sapik. Sori2..