15
Cita-cita Aku Masa Kecil
Polis, doktor, bomba. Ini pekerjaan yang akan terhambur daripada mulut majoriti kanak-kanak Malaysia bila cikgu tanya besar nanti nak jadi apa.
Masa tu power giler. Boleh dikatakan, sebelum pergi sekolah nak jadi doktor. Lepas balik sekolah nak jadi bomba. Bila malam, tengok roda-roda kotaraya, nak jadi polis lak. Semua nak sentap. Mujur masa tu blog xde lagi. Silap-silap aku jawab cita-cita aku mahu menjadi blogger terkenal.
Di samping tiga jawapan itu, aku pernah terfikir satu pekerjaan yang aku nak pegang masa aku kecil. Entah penyakit apa yang melanda aku masa tu, aku rasa macam poyo pulak bila fikir balik.
Masa berusia lingkungan 10 tahun, aku dah bercita-cita untuk menjadi salah seorang menteri berportfolio. Aku bercadang menjadi Menteri Kanak-kanak dan Permainan. Serius aku tak tipu. Masa itu aku suka tengok barisan kabinet Malaysia walau aku tak paham itu apa.
Aku terpengaruh dengan Maskman dan Flashman. Sungguh bergaya orang yang ada geng sendiri dan berkerjasama sebagai satu kumpulan. Jadi aku pun nak jadi di antara geng tu gak.
Barisan kabinet Malaysia bagi aku adalah geng yang paling realistik untuk aku mohon pekerjaan walaupun sebelum tidur, aku kerap guling-guling konon tengah lawan raksasa macam Gaban.
Aku paling terpengaruh dengan Kementerian Kebajikan & Wanita (dulu mungkin nama dia lain). Banyak iklan kat tv menerangkan mengenai kementerian ini. Masa tu kan panas dengan isu penderaan kanak-kanak. Paling top masa tu ialah talian ‘Tele-dera’. Giler femes talian ini.
Sebab tu aku rasa terpanggil untuk jadi menteri yang khusus untuk menjaga hal ehwal kanak-kanak. Apa orang tua tahu tentang kesengsaraan dan keinginan kanak-kanak?! Itu getus hati aku.
Itu je la tahap pemikiran kanak-kanak aku yang penuh dengan angan-angan. So, agak-agak la kan, kalau masa umur 10 tahun tu Datuk Seri Dr Mahathir (sekarang Tun) lantik aku jadi menteri la kan, kamu hendak apa?
Seorang sebijik robot transformers (laki) dan patung barbie (perempuan). Okey tak?
—————————————–
Pernah bagitau mak aku yang aku nak jadi pelakon (sebab banyak sangat tengok drama dan filem waktu tu dan terpengaruh), mak aku tak kasi. Siap warning nak report kat ayah aku. Haha..




zaman kanak2 memang macam2 ada…bg aku zaman yg paling meriah(best) dalam sejarah hidup aku,,hhehe..klu di kenang blik..membawa seribu-satu ingatan yg ntah masi ingt ker apa…
tu la, bermacam2 cita2 kita waktu kecik, tp bile bsar , 20% je yang berjaya mencapai cita2 sejak kecil2.. bakinya???
@e-pols
Menarik zaman kanak-kanak. Dunia dari kacamata kanak-kanak (walaupun kanak-kanak tak patut pakai spek) memang indah.
@xalimx
Bila makin besar, makin banyak pencemaran halus yang meresapi minda.
Faktor benteng diri dalam menghadapi persekitaran kadang kala menyebabkan 80% tu gagal dikecapi. Kalau tak, dah lama jadi menteri.
menteri corrupted ah. xyah la.
x kesah ah jadi pape pon, janji rezeki yang dapat tu halal. x kene bakar kt sana nnt.
yang penting ikhlas…yang mana mmg susah nk ikhlaskan diri tu.
Ala..kalau setakat sorang satu robot transformers dengan patung barbie, tak kan tak boleh gak?
nak jadi pelakon susah kalau kita orang Islam.
banyak dosa noda yang akan terhidang di hadapan kita.
maklumlah, kita kan dalam sebuah ‘negara Islam’
kena tunggu revolusi seni di sini
Haha..well said.
Bagi aku, tunjang kekuatan sesuatu lakonan terletak pada skripnya.
Di Malaysia, hal ini kurang didedahkan dan hanya di populiskan dengan gosip dan stigma rumah tangga cerai-berai artis.
lawak la u ni
Why so serious?
Iklan: Anda mahu serius? Sila ke blogserius.blogspot.com
salam…ader seaper kat sini tau x kat mne crik pelakon or pengacara kanak2? kalu ader tlg gtaw