Jun
14

Kenapa Blog Saya Lebih Hebat (feat Sapik)

Aku dah tak tau nak analisis apa dah. So, aku terfikir satu idea untuk buat analisis cincai.

Selepas aku melakukan cabutan bertuah, blog Sapik telah terpilih dengan malangnya untuk aku analisis cincaikan. Aku rasa Sapik jampi kertas cabutan aku.

Jadi kat bawah ini adalah analisis kenapa blog aku lebih hebat daripada blog dia.

  1. Hit Counter

    Pada 14 June 2009 pukul 3 pagi, di dapati Hit Counter blog aku lebih tinggi daripada blog dia. (Picit kat gambar untuk kasi besar.)

  2. hit stat
    Tambahan pula blog aku ini baru je dijenamakan semula pada bulan Mei berbanding blog Sapik yang dah lama beroperasi.

    Jadi aku rasa, tak perlulah aku hurai lebih-lebih. Angka-angka itu dah menjelaskan segalanya.

  3. Jumlah Follower

    Pada tarikh dan waktu yang sama juga, walaupun follower aku sikit (10) berbanding follower Sapik (11), tapi perhatikan gambarajah berikut. (Picit kat gambar untuk kasi besar lagi.)

  4. follower

    Biar aku jelaskan. Aku bukanlah seseorang yang obses dengan Sapik sehinggakan sanggup follow blog Sapik sebanyak dua kali. Sebagai tambahan untuk pengetahuan kamu, aku jenis straight okey!

    Masalah ini berlaku sebab masa aku follow blog Sapik, lebai google tengah solat jenazah kat masjid. Jadi telah berlaku error di situ sebab tak ada orang yang nak pantau. Tak percaya sudah. (Sesiapa tahu cara nak remove tolong kasi tau aku.)

    Sapik bersikap lebih kasanova apabila Sapik meng-follow blog sendiri. Mana aci!

    Jadi, pandai-pandailah kira. Siapa follower yang lebih ramai sebenarnya.

Cukuplah dua analisis cincai ini bagi membuktikan blog aku lebih hebat berbanding Sapik. Haha! (gelak jahat).

Terima kasih kepada semua follower aku. Kamu memang cool.

—————————————–

Aku tak betul sikit akhir-akhir ni. Makan banyak durian di kala el-nino bukanlah satu idea yang bijak.

Related Posts with Thumbnails
  1. zafran
    June 14th, 2009 at 15:08 | #1

    nampak sangat ko tgh bosan.hahaha

  2. Echad
    June 14th, 2009 at 19:15 | #2

    Sangat bosan kot beliau nie. G ar jalan2 cari idea wat blog. Hehe.

  3. June 14th, 2009 at 23:38 | #4

    hahaha. xde keje ah. g compare blog ko ngn org.

    jom lawan nak? LOL

  4. June 14th, 2009 at 23:53 | #6

    ek eleh..beriye sial..haha..aku la sapik yang digembar-gemburkan itu (tumpang publisiti)

  5. June 14th, 2009 at 23:58 | #7

    hai sapik.

    (menggatal)

    hahahaha

  1. No trackbacks yet.