12
Rasuah Harga

Aku bergerak perlahan ke arah sales girl berusia 20-an tu. Lalu mengenakan satu tolakan lembut kepadanya ke satu sudut. Kain pakaiannya menjadi lapik sewaktu aku menolaknya. Kami bukan mahram.
Dengan harapan tiada sesiapa yang perhatikan kami, aku seluk seluar aku dalam-dalam. Kemudian mengeluarkan sesuatu berwarna merah.
Aku hulurkan kepadanya sambil membisikkan sesuatu.
Sales girl itu pun dengan muka berseri-seri menuju ke arah mak aku.
“Akak tadi nak beli baju ini kan? Baiklah, saya kasi harga akak nak tadi. 40 ringgit.“
Huh, panggil mak aku akak? Lantaklah, janji bisnes kau laku.
Mak aku tersenyum. Dalam hatinya, peperangan harga dengan sales girl itu akhirnya memihak kepadanya.
Punca bermulanya segala peristiwa ini sewaktu sales girl mulut puaka itu memulakan bibit-bibit mengorat mak aku. Lebih tepat lagi duit mak aku.
Sales girl tu menawarkan baju yang pada mulanya berharga RM60, tiba-tiba turun menjadi RM55.
Mak aku pun mula bermain harga. Hinggalah sampai RM40, di takuk harga inilah kedua-dua wanita ini mula bermuka ikan kerapu. Semuanya kerana mereka gagal mencapai satu resolusi perdagangan yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Sales girl tu tak dapat kasi harga yang lebih murah kerana harga mati baju itu memang RM 50.
Sewaktu dalam kereta selepas selesai menemani mak aku membeli-belah, aku lega dapat buatkan mak aku beredar cepat dari situ dengan barang yang diingininya.
Hasil 10 ringgit yang aku hulurkan secara rahsia kepada sales girl itu tadi, benar-benar membuahkan hasil!




smart! two thumbs up. haha
Thanks.
Hoho. Best2.
Thanks.
Aku sebenarnya sedang berkira2 untuk buat skrip cerita kontot kepada David Teo. Harap dia tak reject.
hmm….dasat gak akal ko yee….