Jun
11

Ekspo Usahawan

Negara-negara seperti Thailand, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan banyak bergantung kepada golongan usahawan yang menyumbang kira-kira 91-93% pembangunan ekonomi negara mereka. Chop!

Okey, itu testing baru. Mungkin kamu akan tutup terus blog aku lepas pendahuluan posting aku kali ini dimulai dengan ayat macam tesis ekonomi. Jadi di sini kamu boleh tahu di mana kedudukan kamu. Jika kamu tak berminat, kamu terus ke ruangan komen dan nyatakan pandangan kamu.

Jadi aku ringankan maklumat posting ini agar dapat dicerna minda kamu.

Minggu lepas, aku berkunjung ke ekspo usahawan di Seberang Jaya. Tujuan utama ekspo ini, aku pasti untuk memasarkan produk ‘kampung’ ke peringkat yang lebih tinggi.

Industri ini, dikenali sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Banyak produk menarik yang boleh kamu dapati dan siapa kata barangan kita xde klas?!

Ini bukan alat mainan maya. Ini salah satu proses rawatan mata.

Ini bukan alat mainan maya. Ini salah satu proses rawatan mata.

Aku sempat menjengah ke satu gerai yang menawarkan servis percuma bagi rawatan mata. Nama syarikat itu Permata Hijrah Enterprise. Jika kamu ada masalah mata, bolehlah cuba-cuba menggunakan khidmat yang ditawarkan. Boleh tahan juga servis dia. Profesional.

IKS sebenarnya banyak membantu menyerap hentakan kemerosotan ekonomi global. Ini kerana ia menggalakkan kitaran wang di dalam negara berlaku dengan cepat tanpa bantuan pemodal negara asing. Jadi sempatlah pakar-pakar ekonomi menyelesaikan masalah ini.

Berbanding dengan Singapura (jiran yang kita saingi ekonomi), KDNK mereka pada Januari 2009 merosot sebanyak 10.1% berbanding Malaysia yang cuma 6.2% (rujukan: Trading Economics). Banyak sebabnya, antara sebab mudah untuk kamu faham, keterlalu-bergantungan mereka terhadap ekonomi Amerika.

Pentingkan usahawan macam ni? Kamu pun boleh jadi usahawan. Tak semestinya perlu sehebat SaifulSham.

Menyedari akan ramai remaja tak minat ekonomi (aku teka 40%, sindir 60%.. wakaka), maka pihak urusetia pun ada la buat juga acara sampingan macam AutoShow, pameran-pameran informatif dan ruang permainan kanak-kanak (kalau ada remaja tertarik dengan papan gelongsor yang diisi dengan angin).

Banyak vinyl kereta berkonsepkan Transformers. Mungkin tema pertandingan atau demam Transformers.

Banyak vinyl kereta berkonsepkan Transformers. Mungkin tema pertandingan atau demam Transformers.

Pameran informasi kota Mekah

Pameran informasi kota Mekah

Adakah di masa hadapan, kota Mekah jadi begini? Salah satu design tu siap ada mercu tanda Malaysia lagi.

Adakah di masa hadapan, kota Mekah jadi begini? Salah satu design siap ada mercu tanda Malaysia.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Merepek Tags: , ,
  1. June 11th, 2009 at 14:23 | #1

    *yawn*

    (sudah yg ke 200?)

  2. June 14th, 2009 at 08:02 | #3

    ada beda antara minat ekonomi dan minat nak jadi kaya, beza besar

  1. No trackbacks yet.