7
Aku Jumpa New Tab
Sedang aku bermain internet, aku menjumpai sesuatu.
Mungkin kamu dah tahu trick ini. Tapi bagi aku, aku baru tahu. Dan aku mahu berkongsi dengan kamu.
Aku menjumpai trick ini secara sangat tidak sengaja sewaktu sedang cuba bermain dengan seekor lipas yang tiba2 menghinggap laptop aku.
Apa nak hairan, sedangkan kebanyakkan saintis pun menjumpai sesuatu hal dengan tak sengaja juga. Cuma aku bukan saintis. Aku puitis mungkin.
Aku terklik tetikus aku sewaktu lipas itu mendarat. Bukan sebab aku terkejut. ….. Ok, aku terkejut sedikit sebenarnya.
Hasil klikan aku itu, aku menjumpai satu ilmu. Rupanya masih ada teknik untuk buka ‘new tab’ dalam Mozilla Rubah Berapi.
Sebelum ini, antara cara aku guna untuk buka ‘new tab’ ialah dengan tekan butang ‘Ctrl+T’. Cara lain yang skema ialah ‘File > New Tab’.
Rujuk gambarajah 6.7 di bawah.
Kamu boleh klik sepanjang kawasan yang bergaris merah untuk membuka ‘new tab’.
Hanya double klik sahaja di terima. Nak triple klik pun boleh. Tapi kalau dah empat kali berturut-turut klik, maka akan terbuka 2 ‘new tab’.
Begitulah nisbahnya konsep ‘new tab’ ini (2:1).
Kalau terasa bosan, mungkin boleh bermain dengan rakan sebilik kamu. Kamu perlu bersama-sama berlari dari pintu bilik menerpa tetikus masing2. Siapa dapat buka ‘new tab’ paling banyak dalam tempoh 5 saat akan menang.
Kalau mahukan lebih cabaran, mungkin boleh buat larian berpagar menggunakan kerusi.
Kelemahan trick ini: Mereka yang berpenyakit parkinson akan menghadapi kesukaran.
—————————————–
Nota kagum: Aku bukan setakat jumpa trick baru, malah dah jumpa satu permainan yang menghiburkan.
Nota kabung: Lipas tu dah mati. Mari bersama doakan kesejahteraan beliau kerana telah membantu menjumpai ilmu ini.





Sian lipas tu. Dah bg ko idea ko bunuh die lak.
Aku ada cuba buat pernafas mulut ke abdomen. Tapi tuhan lebih menyayanginya.
Lagipun, biarlah dia mati dalam keadaan berbakti. Bukan ke bagus cmtu?
Haha.mati dalam keadaan berbakti.hapes patut bc post ni,semuga hapes akan lebih menghargai lipas2 yang ada di utp.
UTP ada lipas? Sepatutnya lebih banyak penemuan baru dijumpai. Terutama di bilik hapes jika lipas suka ke situ.