5
Sabskraip
Atas kerisauan yang sering di suarakan taipkan oleh rakan aku, maka aku berhasrat untuk menyelesaikannya daripada menjadi salah satu punca rambut dia cepat gugur.
Hairan kenapa setiap kali aku update blog, dia tak dapat surat saman dari aku kat email dia.
Jadi biar aku jelaskan. Surat saman yang selama ini dikirim ke email tu sebenarnya berlaku di blog lama aku.
Blog baru ini, aku tak habis bertukang lagi. (Sebenarnya lupa).
Sekarang kalau nak surat saman terjah surat elektronik kamu, isilah alamat surat elektronik kamu di ruangan tepi blog aku ini. Belek-beleklah. Jangan salah taruk email. Taruk email kat ruang salah pun tak boleh.
Kesan sampingan benda ini, segala posting terkini yang aku bebaskan akan diberitahu di email kamu untuk langkah berjaga-jaga.
Jadi kalau tak nak frust sebab terlambat baca posting aku, subscribe la surat saman aku.
———————
Nota aku pun risau: 0.1% hati aku risau mengenai orang yang selalu akses blog aku ini walau xde apa-apa update. Secret admire aku mungkin.
Nota keliru: Taruh ke taruk ek?




Penabur Semasa