4
Chicken Wing

Malam hari ini terasa panjang. Aku dan kawan aku berhasrat untuk bazirkan malam di luar. Uptown Damansara.
Kami berhasrat untuk makan malam kat situ. Sengaja ubah selera. Jemu juga tiap-tiap malam menjamu menu skeptikal di kawasan rumah kami.
Sampai di Uptown, kami survey dulu gerai yang ada di situ. Dengan lagak macam pegawai penilai kebersihan gerai, kami perhatikan menu makanan yang ditampalkan dengan tekun.
Selepas memutuskan selera yang dihajati, kami tak pesan terus kat gerai tu. Kami berjalan dengan macho mencari meja kosong. Dalam hati berkata, order makanan jerit-jerit baru best. Baru mapley.
Bila dah dapat duduk kat tempat yang strategik, aku mula angkat tangan. Kawan aku cakap, panggil yang muda-muda. Yang bukan lelaki. Senang nak pesan makanan. Aku setuju kecil dalam hati kerana tulisan golongan ini biasanya cantik. Senang dibaca bila tulis dalam senarai pesanan makanan pelanggan. Tiada kekeliruan.
Dengan memetik jari, petikan aku berjaya menarik perhatian seseorang yang memenuhi kriteria calon yang aku dan kawan aku persetujui.
“Ya nak makan apa?” tanya pelayan tu.
Sambil melihat ke arah gerai yang memaparkan tulisan hijau Chicken Wing di hadapannya, kawan aku mula membalas.
“Bagi saya chicken wing BBQ kat gerai tu.“
“Samalah, chicken wing gak” aku menambah order kawan aku.
“Chicken wing.. Ok. Bahagian mana awak nak?” pelayan tu menyoal bagi melengkapkan pesanannya.
“Chicken wing” aku menjawab tenang.
“Ye la, chicken wing bahagian mana?“
Aku memandang kawan aku. Dalam hati aku dah was-was. Aku yang tak faham, atau dia yang tak faham. Mustahil dia hendak mengusik manja kami dengan soalan macam itu. Muka dia serius.
“Chicken wing bahagian chicken wing lah.” Aku menjawab sambil menahan gelak memandang kawan aku.
“Ye la, nak berapa?” dia cuba bangkitkan satu persoalan yang bercorak defensif dari terus diancam aku dan kawan aku.
“@#$%^&*” suara hati ku berkata. Aku jamin, kawan aku turut ber-@#$%^& macam aku.
Seorang seketul aku jawab.
Kami terpaksa panggil seorang makcik untuk ambil pesanan air minuman kami pula. Pelayan tu tak nak datang dah ke meja kami sejurus mengetahui jumlah bahagian ayam yang kami pesan.
———————
Cerita ini ialah pengalaman sebenar yang telah diubahsuai serba sedikit untuk tatapan.




haha. bodoh punya pelayan.
Aku sengaja x nk sebut kepak ayam. Xde klas mungkin. Haha..
Seorang seketul……. Haha
Ko gelak kat seorang seketul ke? Haha.. kali ini mmg lawak.
nice
Cuba amik hati aku ke? Nice..
sekurang2 nya aku komen.haha.bukti aku da bc blog ko.hoho.
Thanks sapik!
Weee~