Jun
2

Tagline Blog

Aku sengaja meributkan otak (brain storm) mencari tagline blog yang sesuai.

Aku rasa cemburu dengan tagline blog cik mimi yang best, ‘because life is too wonderfully weird to be wasted’.

Actually aku cemburu dengan frasa ‘wonderfully weird’. Inspired kata-kata tu bagi aku.

Memandangkan aku dah bercakap soal tagline ni, apa kata kamu tengok tagline dari sebilangan kawan-kawan aku.

1. Afiq – My life, not so important..
Apa kes tagline macam ni. Aku rasa macam simpati lak tiap kali baca tagline kawan aku ni. Hidup kamu tu bermakna Afiq, jangan sia-siakan. Tapi aku cuba memandang positif la. Memang ada ketika, kita bersedia korbankan hidup kita untuk sesuatu yang lebih berharga. Mungkin itu maksud kamu. Kamu memang seseorang yang pandai menghargai sesuatu. (Dah macam pakar tilik zodiak lak aku).

2. Syafik – Ketenangan yang ku cari-cari.
Aku rasa kamu macam dah nak jumpa dah ketenangan yang kamu cari tu akhir-akhir ni. Ini berdasarkan pemerhatian aku yang memerhatikan keadaan kamu seakan di puncak ke tidak tenangan. Cuma aku harap kamu bersedia kiranya berjaya mendapat ketenangan tu. Jangan lupa mencari sama ketenangan yang lebih mutlak ok. Ketenangan dengan tuhan.

3. Echad / Sado – Story of unperfect perfectionist.
Ini soal persepsi yang kita ni memang tak sempurna, tapi mengharapkan sesuatu yang sempurna (optomis mungkin). Mula-mula tagline ni memang humble bagi aku. Boleh juga diinspirasikan oleh sesiapa untuk menjadi lebih baik. Aku teringat Afiq pernah panggil aku perfectionist masa aku tengah develop website satu masa dulu. Well, aku hanya inginkan kepuasan sebenarnya. Aku percaya kamu pun begitu, kepuasan.

4. Iman – Nuriman bin Talib – Universiti Teknologi PETRONAS
Ini memang tagline tahap patriotik. Sesuai dengan kandungan blog yang informatif, sekurang-kurangnya tagline tu tak memalukan nama yang dibawa kamu. Malah turut menjadi kebanggaan. Ada juga sesetengah blog lain yang letak tagline nama kampung sendiri seperti Rompin dan Kuala Lipis.

5. Paker / Azizi – Blog Azizie aka Pakker
Tak tau nak komen apa. Tuan punya blog cakap ni test blog baru. Aku menunggu blog baru kamu ok. (Paker sedang sibuk membuat projek blog provider baru. Dia nak lawan blogspot katanya.)

6. Keyrol – My France Diary
Bajet la Keyrol. Kamu dah balik Malaysia la.

7. Fahsyal / Pacak – Membumikan perjuangan rakyat.
Ok, variasi sket komen aku kali ni. Kali ni tagline yang serius mengenai perjuangan. Kalau kamu mahu mencari idea awalan sebelum membuat tesis atau kajian tetapi tak berminat membaca buku tebal, berkunjunglah ke blog rakan aku ini. Nilaikan mengikut pemikiran kreatif dan kritis kamu.

Apa tagline blog aku pula?

p/s: tagline blog cik mimi sungguh abstrak untuk dihuraikan. Suruh dia karang dan analis sendiri la senang. Haha..

Related Posts with Thumbnails
Categories: Merepek Tags: ,
  1. June 3rd, 2009 at 11:47 | #1

    hahahaha. jeles dgn tagline aku rupanya!

  2. Afiq
    June 8th, 2009 at 04:01 | #3

    Aku rasa aku tulis tagline tu masa aku down kot..huhu. Tapi skrg ni aku rasa life aku sgt interesting ! hehe.

    • June 8th, 2009 at 10:49 | #4

      Bagus kalau cmtu.

      (x penah nmpak down pun. selalu tgk hepi je ko ni)

  3. keyrol
    June 8th, 2009 at 08:01 | #5

    oi.kutuk kn.ahahaha.
    aq mmg nk tuka, tp x sempat2 lg..biarlah menjadi memory di situ..
    ahahah :P

    • June 8th, 2009 at 10:50 | #6

      Hujan pizza di bumi orang, hujan lempeng di bumi sendiri. Baik lagi dimakan bersama.

  4. June 11th, 2009 at 03:01 | #7

    owh, baru perasan post ni.ada blog aku lg kat dalamnye.huhu.aq rasa tagline ko kot yg paling menarik.haha.blog yg menarik tak memerlukan tagline yang indah.haha.aku pun tak tau nama mende alah tu tagline.

  5. June 11th, 2009 at 14:25 | #9

    jadi ni perasan blog yang baik la ni?

    \(@_*)/

    (ke-200 kah aku?)

    • June 11th, 2009 at 16:15 | #10

      Biar sedar kita perasan daripada kita tak sedar kita tengah perasan. haha..

  6. September 15th, 2009 at 22:24 | #11

    Bagus2, promote blog adik bradik

  7. September 17th, 2009 at 12:19 | #12

    Kadang2 nepotisme itu penting. :P

  1. No trackbacks yet.