1
Selesema Ekonomi
Syarikat gergasi yang pernah menjadi pengeluar kereta terbesar di dunia, General Motors Corporation (GM) kini dalam proses untuk diisytiharkan muflis.
Ini kejatuhan syarikat ke-tiga paling besar di Amerika selepas jatuhnya kuasa bank pelaburan Lehman Brothers (2008) dan firma telekomunikasi Worldcom (2002).
Sistem kapitalis barat memang patut dikaji semula keseluruhannya terutama dalam sistem perbankan negara. Rugilah kalau saranan dan gagasan yang disuarakan oleh pemimpin seperti Tun Dr Mahathir dan Tuan Guru Nik Aziz suatu ketika dahulu di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 tidak direalisasikan.
Oh.. Aku dah mula dah bercakap isu serius. Baik aku berhenti setakat ini. Aku tak mahu kamu pening. Haha..
Kalau kamu tak berminat dengan isu ekonomi berat yang aku bawa ini, apa kata aku alihkan ianya dalam bentuk yang lebih ringan seperti isu hiburan. Ok?
Kesan muflisnya GM yang aku dapat kenal pasti sekarang semestinya ke atas filem ditunggu-tunggu, Transformers: Revenge of The Fallen (RoTF). Aku tak pastilah ganggu ke tak tayangan RoTF memandangkan GM antara penaja untuk filem penuh aksi ini. Harap tak.
Bagi penggemar permainan online, misalnya dalam WarCraft atau Defense of the Ancients (DotA), dalam tu bukankah dah terang-terang bagitau urusan muamalat wajar dilakukan menggunakan dinar emas. Betul tak?




Eh, aku minat gak pasal isu ekonomi dunia ni. Betul cakap ko, sistem kapitalis menunjukkan beberapa kelemahan sekarang ni..
Mmbr aku kat BASF pun tgh bincang pasal isu ni, tapi aku xtau sgt plak..huhu
Cek2 la pasang telinga. Isu liberalisasi perdagangan misalnya. Ok ke tak.
Ko buka je topik tu. Tanya je. Sure diorang akan bagi ko input byk2. Boleh la kongsi ngn aku nanti.
German dah la pengeluar kereta yang mantap gak. Sure kena serba-sedikit tempias GM.