May
30

Tolonglah Wahai Blogger

Kamu pernah tak dengar lagu yang kamu mainkan sendiri di komputer kamu sambil melayari web atau mana-mana blog? Pernah tak tiba-tiba lagu yang kamu layan tu tiba-tiba dicemari dengan bunyi sumbang lain sewaktu layari site-site tertentu?

Aku pernah. Dan ianya sungguh tak best.

Tolonglah wahai blogger sekalian, aku tak halang kamu untuk letak lagu di blog kamu. Tapi pastikan lagu itu disokong dengan butang-butang yang wajib ada. Play dan pause atau stop. Wajib!

Salah satu cara untuk kamu menghargai dan menghormati pengunjung blog kamu ialah dengan menyediakan kemudahan yang aku sebutkan itu.

Blog kamu bukan blog kenduri kahwin yang setiap kali menerima tetamu mesti dihiburkan dengan lagu Di renjis-renjis di gilis.

Kesan buruk yang kamu hadapi jika aku adalah pengunjung blog sebegitu ialah:

1. Aku terpaksa refresh semula page itu dan terus tekan butang ’stop loading page’ setelah aku dapati isi kandungan posting kamu mula muncul dan pada masa sebelum page kamu load sepenuhnya. Ini kerana aku tak mahu page kamu load lagu pengantin tersebut. (kesan:blog kamu jadi tak cantik kerana Cascading Style Sheet (css) kamu tidak load sepenuhnya)

2. Aku terpaksa bisukan komputer aku terus. (kesan: xda apa2 terhadap kamu, cuma spoilkan mood aku sahaja)

3. Aku tutup terus blog itu. (kesan: hit blog kamu kemungkinan tidak naik)

Harap mendapat kerjasama kamu semua rakan-rakan blogger.

Related Posts with Thumbnails
Categories: Kritik Tags: , ,
  1. May 30th, 2009 at 15:08 | #1

    hehe. lagi bagus jgn letak lah. kalo org nak, dorg bleh donlod sendiri. org pergi blog untuk membaca, buka untuk dgr lagu. sekian :)

  2. Echad
    May 31st, 2009 at 04:23 | #3

    Ak pon pernah mengalami situasi sebegini. Ak terpaksa tgk cepat2, pastu terus tutup page tu. Agak2 ar nak pasang lagu ut. Kalau pasang yang slow2 nyer (yang jenis tuk bg tenangkan fikiran tu) ok la. Nie pasang yang style nk party wat per. tak kene langsung.

    -Be considerate and rational in blogging-

    • May 31st, 2009 at 22:31 | #4

      Blog Mozart pun aku tak rasa ada letak lagu dia. Mahupun Kitaro.
      Haha..

  3. June 3rd, 2009 at 22:26 | #5

    lol, aku slalu gak jd gitu.kelam kabut aku mencari butang pause, kalu x, aku tutup je site tu.haha

    • June 3rd, 2009 at 22:56 | #6

      Jangan tutup trus..ko komen dl kat blog dia…
      “lagu kamu tak menghiburkan”. haha..

  1. No trackbacks yet.