10
Lindungan 280

“Dia masih terperangkap di dalam. Sudah 280 hari dia terkurung.”
“Dia akan lemas kalau lebih lama lagi. Tempat ini tidak selamanya mampu melindungi mangsa.”
“Kita dah kenal pasti keadaan mangsa.”
“Lepaskan gas, potong dinding tu dan kita tarik dia keluar.”
“Keluarkan mangsa dan jaga sama keadaan tempat perlindungan ini.”
“Fokuskan juga kepada dia yang selama ini melindungi mangsa, sediakan pasukan terbaik untuk menjaga keadaannya.”
“Darah sana-sini, kita akan keluarkan mangsa terus. Keadaan makin kritikal!”
“Pukul dia sampai dia bersuara untuk mengaku dan sedar bahawa tanpa tempat perlindungan ini, dah lama dia mati. Biar dia ingat selamanya dia berhutang dengan pelindung ini.”
“Tempat ini telah melindunginya dan menyediakan segala keperluan dengan sempurna.”
“Ya. Namun, pelindung ini juga turut mahu melihat mangsa berjaya dan sihat di luar ini.”
“Kita akan laporkan kepada keluarga mangsa situasi terkini.”
“Encik, tahniah. Isteri kamu selamat dan kini bergelar seorang ibu. Kamu dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel.”
—————————————–
Selamat Hari Ibu untuk ibu tercinta.
(coretan khas untuk ibu ku, Noriyan binti Hussain)
280 kebiasaannya tempoh (hari) normal bagi seorang ibu utk melahirkan anak. Namun ada sesetengah bayi masih dapat dilahirkan pada hari ke 259 (kelahiran pra-matang). Dan paling lewat, lahir pada hari ke 294.
Ini ialah sejenis Certot (cerita kontot). Ianya salah satu daripada pelbagai gaya seni penulisan yang menarik.




haha.ingat cerite politik
X salah pun ko fkr cmtu (pada awal cerita).