8
Beluncas Lupa…

Tersebutlah kisah apabila berkumpul dua puak di jajahan Kebun Rapek untuk bersidang. Berebut puak Beluncas dan Penyengat siapa yang layak untuk dimahsyurkan sebagai ketua jajahan.
Penyengat berakal waras, mengerti puaknya lebih layak. Fitrah Penyengat itu tidak akan menyengat sebarangan melainkan ancaman dihidu sekitarnya. Berbedalah hukum alam Beluncas yang berotak udang melepaskan bisa hatta tidak terancam pun akan dirinya.
Dek bisa racun si Beluncas, Penyengat mengerah kudrat demi pertahankan hak. Penyengat yang kuat pun menjadi lemah dek sabotaj Beluncas yang mengupah katak-katak menjadi senjata mereka.
Kecewalah puak Penyengat kerana tahu katak itu santapannya Penyengat. Beransur dan berangkatlah suku-sakat Penyengat dari sidang yang ternoda.
Undang-undang kebun yang adil, berganti dengan undang-undang rimba yang zalim.
Sorak ria bertempik akan puak Beluncas. Kebun Rapek kitalah empunya.
Di purnama ke-13, Beluncas lupa. Arakian akan hijrah sekumpulan burung randuk mencari makanan di sana. Berpesta besarlah burung randuk kerana Beluncas itu makanan kegemarannya.
Katak-katak diupah Beluncas, ketawa dalam hati. Esok lusa anak-anak Beluncas menjadi rama-rama, akan kami perisakan lauk gulai tempoyak.
—————————————–
Ni percubaan pertama aku untuk menulis secara satira dengan unsur analogi. Harap kamu dapat memahami mengikut tafsiran masing-masing. Jangan bataskan jawapan kamu. Dan jika kamu memahami maksud aku, aku sangat2 menghargainya.





ah, sial aku x paham
Xpe kalau x faham. Yang penting ambil nilai pengajaran dari cerita ni.
Moral of da story.
(aku harap bukan sume doc x paham)
beluncas karut apa ko karang ni?haha.
Kebun Rapek ni dekat umah ko juga sbnrnya. Aku tgk ada beluncas ngn penyengat kat situ. Katak pun ada.
Ko balik dari KL nnti, tgk la apa jadi kat Kebun Rapek tu. Ntah subur lagi ke x mcm dl.
ah, beluncas masak lemak sedap ke?
Beluncas daging memang sedap masak lemak. Beluncas telur sedap wat masak masam manis.
(: paham kot
Thanks.