Tolonglah Wahai Blogger
Kamu pernah tak dengar lagu yang kamu mainkan sendiri di komputer kamu sambil melayari web atau mana-mana blog? Pernah tak tiba-tiba lagu yang kamu layan tu tiba-tiba dicemari dengan bunyi sumbang lain sewaktu layari site-site tertentu?
Aku pernah. Dan ianya sungguh tak best.
Tolonglah wahai blogger sekalian, aku tak halang kamu untuk letak lagu di blog kamu. Tapi pastikan lagu itu disokong dengan butang-butang yang wajib ada. Play dan pause atau stop. Wajib!
Salah satu cara untuk kamu menghargai dan menghormati pengunjung blog kamu ialah dengan menyediakan kemudahan yang aku sebutkan itu.
Blog kamu bukan blog kenduri kahwin yang setiap kali menerima tetamu mesti dihiburkan dengan lagu Di renjis-renjis di gilis.
Kesan buruk yang kamu hadapi jika aku adalah pengunjung blog sebegitu ialah:
1. Aku terpaksa refresh semula page itu dan terus tekan butang ’stop loading page’ setelah aku dapati isi kandungan posting kamu mula muncul dan pada masa sebelum page kamu load sepenuhnya. Ini kerana aku tak mahu page kamu load lagu pengantin tersebut. (kesan:blog kamu jadi tak cantik kerana Cascading Style Sheet (css) kamu tidak load sepenuhnya)
2. Aku terpaksa bisukan komputer aku terus. (kesan: xda apa2 terhadap kamu, cuma spoilkan mood aku sahaja)
3. Aku tutup terus blog itu. (kesan: hit blog kamu kemungkinan tidak naik)
Harap mendapat kerjasama kamu semua rakan-rakan blogger.




Penabur Semasa