Ada yang bertanya pendapat mengenai kes pertukaran kerajaan di Perak (sebahagian mengatakan rampasan kuasa di Perak). Setelah aku sendiri tengok sumber-sumber berita, pendapat individu dan ulasan sesetengah pihak terhadap isu ni, ramai yang menuding jari kesalahan ni ke atas orang lain.

Antara yang terkena tuding:

  • Kerajaan Barisan Nasional
  • Kerajaan Pakatan Rakyat
  • ADUN yang melompat
  • dan ramai lagi yang korang boleh fikir sendiri jika ada.

Tak kurang juga ada yang menuding jari kepada Sultan Perak kerana tidak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak dan seterusnya menjalankan pilihanraya negeri Perak. Sewaktu chat dengan salah sorang rakan aku, dia pun tergolong dalam mereka yang menyalahkan Sultan Perak. Alasan yang diberi, Sultan tak tahu mengenai demokrasi kerana Sultan mengamalkan monarki (mungkin dia sekadar bergurau, aku tak pasti).

Memang Sultan mengamalkan monarki, tetapi tidak semestinya baginda tidak tahu mengenai demokrasi, Perbincangan kami tidak serius sangat mengenai skop ni. Mungkin kerana masing-masing malas nak terus berhujah setelah aku bagi contoh kes seperti berikut.

Kalau dah wakil rakyat jadi bengong, x tau nak buat keputusan dan tidak tetap pendirian, si bapak (Sultan) kena la masuk campur. Aku sendiri menyampah tengok suasana politik kat Perak yang melampau sangat! Sekarang si bapak dah fedup dengan tingkah laku anak-anak yang masuk rumah orang suka-suka hati. Maka si bapak terpaksa grounded semua anak-anak dia dari kebebasan yang menimbulkan huru-hara ini supaya tidak berlaku lagi keluar masuk rumah orang sesedap hati agar segala kekusutan yang ditimbulkan anak-anak ini dapat diredakan untuk kesejahteraan sejagat. Jadi siapa yang salah? Sultan x wajar di persalahkan kerana ini salah satu tindakan untuk mendisiplinkan anak-anak yang makin liar.

Kalau nak pilihanraya juga, doa-doakan la. Kalau aku, aku tak setuju diadakan pilihan raya kerana ia memerlukan perbelanjaan khusus untuk berkempen (tak termasuk lagi jika ada isu politik wang). Benda ini kurang sesuai dipertimbangkan di ambang kemelesetan ekonomi. Kalau ditakdirkan Sultan berubah pendirian dan bersetuju diadakan pilihan raya, kita turuti sahaja dan berharap rakyat Perak akan bersatu walau apa pun keputusannya selepas pilihanraya selesai.

Perak memang negeri yang lain dari yang lain. Perak satu-satunya negeri pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri sehari lebih awal dari negeri lain di Malaysia dan sekarang Perak satu-satunya negeri (selepas 50 tahun merdeka, kali pertama di Terengganu) telah ditadbir oleh ‘kerajaan lompat’. Harap apa yang berlaku di Perak, menjadi iktibar untuk politik nasional.

Untuk kawan yang aku chat tadi, jangan silap bezakan kronologi dengan analogi. Hehe..

p/s: Aku nampak PR ada kelebihan dari segi percaturan untuk masa ini sama ada diadakan pilihan raya atau tidak. Orang tingkat 4, bolehlah mulakan think tank kamu kalau kamu bijak dan pimpinan PR sama ada sedar atau tidak, kamu yang sedang mengawal permainan ini sekarang.