Archive for February, 2009:

Caraku Cinta

Cahayamu sulami mimpiku,
Ku terseksa, kau terasa,
Aku rebah di sudut nafsu,
Pemikiran kita berbeza,
Namunku punya cara tersendiri.
Bangunku dari lena,
Mencari dia di hati,
Garapan cintamu ku nanti,
Dukanya nadamu tidak berlagu,
Aku rebah di sudut wahyu,
Pemikiran kita berbeza,
Namunku punya cara tersendiri,
Dan ku yakin caraku itulah cinta.

Comments (2)

Wajibkah Undi Pakatan Rakyat?

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisan beliau ‘Fiqh Daulah’, di mana Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.
Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap [...]

Be the first person to comment on this topic

Salah Sultan Perak?

Ada yang bertanya pendapat mengenai kes pertukaran kerajaan di Perak (sebahagian mengatakan rampasan kuasa di Perak). Setelah aku sendiri tengok sumber-sumber berita, pendapat individu dan ulasan sesetengah pihak terhadap isu ni, ramai yang menuding jari kesalahan ni ke atas orang lain.
Antara yang terkena tuding:

Kerajaan Barisan Nasional
Kerajaan Pakatan Rakyat
ADUN yang melompat
dan ramai lagi yang korang boleh [...]

Comments (1)