Gendang dah dipalu, semboyan dah berbunyi. Meriah sungguh warga penduduk Parlimen Kuala Terengganu pada pagi penamaan calon. Aku tak nak la ulas lebih-lebih pasal situasi politik di sana pasal penduduk di sana sudah tentu lebih arif tentang kehendak dan situasi politik di Kuala Terengganu daripada aku yang bernama ariff ni. Kalau parlimen Permatang Pauh, aku berani ulas dan yakin dengan ulasan aku dan harap xde la yang nak menyibuk lebih sudu dari kuah kerana ini citarasa dan pilihan oleh kami sebagai penduduk Permatang Pauh.

Tanpa mengira mana-mana parti politik yang ditunjangi, bagi sesiapa yang dah cukup syarat untuk mengundi tapi masih tak mendaftar dengan SPR tu, memang teruk la. Bertambah rugi kalau masa PRU 12 sudah boleh mengundi tetapi dia masih tak berdaftar dan terus tidak berdaftar walaupun PRU dah berakhir. Kesedaran bolehlah dikategorikan sebagai ZERO (maaflah kalau ada yang terasa. Memang patut pun terasa).

Selamat menunaikan kewajipan kepada mereka yang bakal mengundi dan jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab. Akhir sekali, semoga berjaya kepada semua calon-calon PRK 36.

Apa-apahal, layan kartun kat bawah ni.

Jangan lupa mendaftar sebagai pengundi sah. Mana tau wakil rakyat korang lak letak jawatan atau mati sok lusa.