Study Week
Filed in Issue, Tips, UTP on Nov.03, 2008
Terjemahan dalam bahasa penjajah di akhir artikel ini.
Di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sekarang ni dah masuk study week. Tapi bukan kesemua pelajar UTP yang gunakan betul-betul study week tu. Antara sebabnya, ada pelajar yang masih dibelengu dengan saki-baki assignment, projek dan pertunjukan atau persembahan (dalam bahasa penjajah ialah presentation).
Bagi yang hendak ke medan internship semester hadapan, kerisauan bagi mereka yang tidak mendapat mana-mana tawaran lagi terus menjadi dilema. Bagi yang dah dapat tempat, penulis percaya bahawa majoriti pelajar dari UTP tak sabar-sabar hendak ke tempat kerja yang menawarkan suasana yang serba-baru seperti kelajuan internet yang membezakan UTP dan dunia luar terutamanya kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat yang diidam-idamkan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengganggu tumpuan sepanjang study week ni.
Golongan terakhir yang tidak dapat memanfaatkan study week ialah golongan yang masih lagi ‘lena’. Bergelumang dengan game seperti dota atau mana-mana permainan online lain. Golongan ini mempunyai kemahiran seperti Sylar (watak drama Heroes) iaitu kemampuan belajar hanya dengan ‘membedah’ buku, soalan peperiksaan semester lepas dan lecture notes dalam satu atau dua malam sahaja.
Maka untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan-golongan yang sentiasa diganggu sepanjang proses study week ini, penulis mencadangkan golongan ini klik pautan di bawah ini.
Cara mudah hadapi peperiksaan.
AMARAN: Penulis tidak bertanggung jawab atas keberkesanan tips tersebut.
p/s: Bahasa penjajah moden ialah bahasa rojak. Berapa banyak orang Melayu (terutamanya pemimpin politik) dapat bercakap dalam Bahasa Melayu secara keseluruhan apabila ditemuramah secara spontan? Perhatikan sendiri dalam berita malam ini.







November 5th, 2008 on 3:05 pm
nak mengata aku le tu..haha. pdpt aku la, kalu nak bg org ramai komen, xyah buat yang kene isi borg2 tu.payah n rasa kantoi+takut kalu nak komen pelik2 oleh org luar yg x brape kenal ngan kite.aku banyak nak komen blog org, tapi kene isi borg2 lak, rasa malas..huhu
November 6th, 2008 on 12:11 pm
giler menarik, nice tips arep hahaha
November 9th, 2008 on 1:40 am
Cool site, loved the info and I will continue to check back for updates.