Salah siapa?
Filed in Jokes on Oct.17, 2008
Pada satu hari, ketika seorang lelaki berjalan-jalan di Central Park, New York, dia tiba-tiba ternampak seorang budak perempuan sedang diserang oleh seekor anjing. Lelaki tersebut terus berlari ke arah budak tersebut dan berlawan dengan anjing itu.
Dia berjaya membunuh anjing tersebut dengan bergaya ala-ala superman. Budak perempuan tersebut terselamat.
Seorang polis yang kebetulan menyaksikan tragedi itu terus bergegas ke arah pemuda tersebut lalu berkata
” Anda seorang wira!!! “. Kamu boleh membaca tajuk akhbar esok, ” Brave New Yorker saves the life of a little girl “.
Pemuda itu menjawab, ” Tapi saya bukan orang New York! “.
” Oh, takpe, Tajuknya akan berbunyi ‘ Brave American saves a little girl’s life “, balas polis itu.
Pemuda itu membalas, ” Saya juga bukan seorang Amerika, maaf”. Lalu polis tersebut bertanya, “Oh, jadi, awak berasal dari mana sebenarnya? “
“Saya dari Iran “, balas pemuda itu.
Keesokan harinya, tajuk akhbar yang terpampang ialah.
“ Islamic extremist kills innocent American dog“







October 22nd, 2008 on 4:41 pm
Propaganda seperti ini bukan sahaja diamalkan di Amerika. tetapi juga telah diamalkan di Malaysia.
October 29th, 2008 on 5:47 pm
hahaha aku bace mcm kelakar plak. pandangan orang barat kat islam memang mcm tu. susah nak ubah pandangan dieorang.