Aku Mahu Berpindah

Ak x tahu apa patut aku lakukan. Mood utk blog macam kurang. Banyak perkara menggangu fikiran aku sebenarnya.

Aku tak tahu sama ada utk jenamakan semula blog agar aku dapat menenangkan diri aku atau terus berhenti.

Apa pendapat kamu?

Sebelum tu, sape2 yang link kan blog ak, dari neorackle.com/blog, bolehlah ubah ke neorackle.com/v2.

Namun bagi sesiapa yang buat neorackle.com, kalau kamu kedekut untuk bazirkan transfer rate internet akses kamu, kamu x perlu risau kerana ia akan di redirect automatik ke blog yang baru tanpa kamu lakukan apa-apa modifikasi.

Oh, jangan lupa tinggalkan komen kamu jika perlu di blog baru ak ye kerana blog ini akan dibisukan.

Be the first person to comment on this topic

Jangan Ulangi Tragedi Raja Lawak

Bercakap soal hiburan tanah air, rupanya ada iras-iras seperti suasana politik negara. Raja Lawak musim ke-3 baru sahaja berakhir dan sudah pun terjawab siapa yang berjaya merangkul gelaran Raja Lawak Astro musim ke-3.

Namun sebelum itu, satu situasi kontroversi telah berlaku apabila salah seorang peserta yang pada mulanya difikirkan tidak layak masuk ke peringkat akhir, tiba-tiba layak. Kalau diikutkan ulasan oleh Pakcik Mohd Sayuti Omar, Amir didapati tidak bersalah, memang benar apa yang dinyatakan. Yang salah ialah pengundi.

Itu ulasan dari segi politik sms. Bagaimana dari segi ekonomi? Politik dan ekonomi memang tidak dapat dipisahkan. Lihat sendiri, tak mustahil pihak yang bertanggungjawab menguruskan hasil sms para pengundi telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Ini kerana para pengundi terpaksa bekerja lebih keras dengan menggandakan jumlah undian sms pada peringkat akhir pertandingan tersebut dan semestinya akan menyebabkan pembaziran wang yang lebih besar berlaku semata-mata bagi memastikan peserta yang mereka minati tidak kalah jumlah undiannya seperti yang terjadi pada satu kumpulan yang tercicir kerana tidak cukup jumlah undian bagi membolehkan mereka  ke peringkat akhir walaupun dari segi persembahan mereka sebenarnya lebih layak.

Lihat apa yang berlaku apabila pengundi salah memilih pihak yang sepatutnya layak untuk menerajui sesuatu. Wang terpaksa dibelanjakan lebih daripada yang sepatutnya dan sudah tentulah ada pihak ke-3 mengaut keuntungan yang tidak wajar hasil kelalaian pengundi itu sendiri.

Ini sebenarnya apa yang terjadi dalam realiti kehidupan. Kecuaian para pengundi menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dalam percaturan politik, akan menyebabkan para pengundi dihukum dari segi ekonomi.

Moga pada 7 April ini, para pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dapat memanfaatkan sepenuhnya kuasa yang diberikan. Undi itu bukan terhad semata-mata untuk memilih pemimpin, bahkan undi tersebut dapat menyekat lebih banyak pembaziran dan korupsi berlaku di masa hadapan.  Janganlah tersilap memilih wakil pemimpin. Kelak akan menjadi bahan jenaka rakyat kerana kita bukan mencari ‘Raja Lawak musim ke-3 suku’.

2 comments received. Join them!

Caraku Cinta

Cahayamu sulami mimpiku,
Ku terseksa, kau terasa,
Aku rebah di sudut nafsu,
Pemikiran kita berbeza,
Namunku punya cara tersendiri.

Bangunku dari lena,
Mencari dia di hati,
Garapan cintamu ku nanti,
Dukanya nadamu tidak berlagu,
Aku rebah di sudut wahyu,

Pemikiran kita berbeza,
Namunku punya cara tersendiri,
Dan ku yakin caraku itulah cinta.

2 comments received. Join them!

Wajibkah Undi Pakatan Rakyat?

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisan beliau ‘Fiqh Daulah’, di mana Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.

Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam Surah At-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud, “Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.”

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.”

“Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya.” (Al-Baqarah: 283)

Begitu Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Pemimpin bagaimana yang wajib dipilih? Pada saya, antara tugas-tugas pemimpin mengikut Islam perlu menjalankan pemerintahan berdasarkan seperti berikut:

  1. menegakkan syariat Allah
  2. menegakkan keadilan kepada semua rakyat
  3. menjaga kebajikan dan prihatin terhadap masalah rakyat
  4. perlu membangunkan negara selaras dengan prinsip Islam
  5. membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
  6. memberikan hak-hak yang sepatutnya kepada rakyat
  7. menjamin kebebasan kepada setiap rakyat
  8. memberi kebebasan untuk memberi pendapat

Alangkah bagusnya sekiranya setiap pemimpin yang dilantik itu memahami tugas dan peranan mereka. Bukan sibuk mengumpul harta! Ada pemimpin yang dipilih merasakan title yang mereka dapat sebagai satu peluang untuk menambah kekayaan. Dulunya tiada apa, tetapi selepas jadi wakil rakyat kereta pun bertukar. Rumah pun dah banglo! Dulu nak jumpa senang saja, tapi sekarang kena melalui setiausaha peribadi! Walau pun bukan semua bersikap begitu, tapi itulah hakikatnya.

Contohnya, Khalifah Umar Al-Khattab, beliau hanya mendiami rumah yang dibina dari tanah liat. Hidup secara sederhana. Begitu zuhud kehidupannya, tetapi pemerintahannya begitu hebat dan digeruni musuh. Dapat meluaskan empayar Islam. Begitu juga dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Baginda juga terkenal dengan kezuhudannya. Pemerintahannya walaupun begitu singkat tetapi di zaman pemerintahannya tiada rakyat yang miskin. Hinggakan pada waktu itu tiada seorang pun rakyat yang layak menerima zakat. Mungkin itu sebabnya beliau menjadi idola Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang.

Bagaimana pula dengan remaja? Pernah dalam suatu acara, undian SMS mengikut kajian lebih 4 juta lebih orang remaja mengundi untuk artis. Tetapi dalam pilihanraya, purata besar mereka tidak keluar mengundi. Apa sudah jadi ni? Ingat remaja juga perlu digembelingkan untuk memenangkan pemimpin seperti yang bercirikan di atas.

Sekian, sembang-sembang menyambut pilihan raya kecil antara 2 bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.. Undilah Pakatan Rakyat!

Sumber: http://www.ibnuhasyim.com/

Be the first person to comment on this topic

Salah Sultan Perak?

Ada yang bertanya pendapat mengenai kes pertukaran kerajaan di Perak (sebahagian mengatakan rampasan kuasa di Perak). Setelah aku sendiri tengok sumber-sumber berita, pendapat individu dan ulasan sesetengah pihak terhadap isu ni, ramai yang menuding jari kesalahan ni ke atas orang lain.

Antara yang terkena tuding:

  • Kerajaan Barisan Nasional
  • Kerajaan Pakatan Rakyat
  • ADUN yang melompat
  • dan ramai lagi yang korang boleh fikir sendiri jika ada.

Tak kurang juga ada yang menuding jari kepada Sultan Perak kerana tidak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak dan seterusnya menjalankan pilihanraya negeri Perak. Sewaktu chat dengan salah sorang rakan aku, dia pun tergolong dalam mereka yang menyalahkan Sultan Perak. Alasan yang diberi, Sultan tak tahu mengenai demokrasi kerana Sultan mengamalkan monarki (mungkin dia sekadar bergurau, aku tak pasti).

Memang Sultan mengamalkan monarki, tetapi tidak semestinya baginda tidak tahu mengenai demokrasi, Perbincangan kami tidak serius sangat mengenai skop ni. Mungkin kerana masing-masing malas nak terus berhujah setelah aku bagi contoh kes seperti berikut.

Kalau dah wakil rakyat jadi bengong, x tau nak buat keputusan dan tidak tetap pendirian, si bapak (Sultan) kena la masuk campur. Aku sendiri menyampah tengok suasana politik kat Perak yang melampau sangat! Sekarang si bapak dah fedup dengan tingkah laku anak-anak yang masuk rumah orang suka-suka hati. Maka si bapak terpaksa grounded semua anak-anak dia dari kebebasan yang menimbulkan huru-hara ini supaya tidak berlaku lagi keluar masuk rumah orang sesedap hati agar segala kekusutan yang ditimbulkan anak-anak ini dapat diredakan untuk kesejahteraan sejagat. Jadi siapa yang salah? Sultan x wajar di persalahkan kerana ini salah satu tindakan untuk mendisiplinkan anak-anak yang makin liar.

Kalau nak pilihanraya juga, doa-doakan la. Kalau aku, aku tak setuju diadakan pilihan raya kerana ia memerlukan perbelanjaan khusus untuk berkempen (tak termasuk lagi jika ada isu politik wang). Benda ini kurang sesuai dipertimbangkan di ambang kemelesetan ekonomi. Kalau ditakdirkan Sultan berubah pendirian dan bersetuju diadakan pilihan raya, kita turuti sahaja dan berharap rakyat Perak akan bersatu walau apa pun keputusannya selepas pilihanraya selesai.

Perak memang negeri yang lain dari yang lain. Perak satu-satunya negeri pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri sehari lebih awal dari negeri lain di Malaysia dan sekarang Perak satu-satunya negeri (selepas 50 tahun merdeka, kali pertama di Terengganu) telah ditadbir oleh ‘kerajaan lompat’. Harap apa yang berlaku di Perak, menjadi iktibar untuk politik nasional.

Untuk kawan yang aku chat tadi, jangan silap bezakan kronologi dengan analogi. Hehe..

p/s: Aku nampak PR ada kelebihan dari segi percaturan untuk masa ini sama ada diadakan pilihan raya atau tidak. Orang tingkat 4, bolehlah mulakan think tank kamu kalau kamu bijak dan pimpinan PR sama ada sedar atau tidak, kamu yang sedang mengawal permainan ini sekarang.

Comments (1)

Kempen Mari Ke UTP

Minta maaf lambat promote event ni kat rakan2 bloggers aku. Maaf sebab sibuk sikit pasal UTP baru je buka maka banyak benda nak kena selesaikan.

Di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), satu pertandingan akan dianjurkan oleh Syntech Organization. Pendek cerita, tengok poster di bawah ni. Keterangan lanjut, layari http://esc.syntech-utp.com (terbuka kepada semua pelajar dari mana2 institusi pengajian).

Syntech Organization turut menganjurkan event ‘Bloggers Gathering’. Sape2 yang berminat tu, jom join ramai2. Ambil la peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim dan bagi mereka yang di luar UTP boleh la melancong kat UTP ni. (Bawak kamera, pasal byk senibina dan panorama menarik untuk korang amik gambar).

ENJOY! v(^_^)v

Be the first person to comment on this topic

Media Malaysia

Kali ni ingat nak buat artikel secara santai la. Tak perlulah nak analisis berat-berat. Media Malaysia memang menarik dan tertarik dengan isu yang penuh dengan gossip dan kontroversi. Ye lah, isu ni lah yang boleh menaikkan saham mana-mana syarikat media tersebut.

Ada satu syarikat media tempatan telah mengharamkan satu lagu yang liriknya ditulis oleh bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa.

Lirik yang diharamkan

Lirik yang diharamkan

Ini pula lirik yang diHALALkan.

~~ Papa Jahat (Fabulous Catz) ~~
Nama saya Jahat….Papa Jahat
Papa jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama jangan mama sekat
Jadi papa tak terleka
Papa jangan papa jahat

hingga akhir..

Memang kelakar cara media di Malaysia menyampaikan maklumat.

Kredit kepada Mummy Rokiah

Be the first person to comment on this topic

PRK 36

Gendang dah dipalu, semboyan dah berbunyi. Meriah sungguh warga penduduk Parlimen Kuala Terengganu pada pagi penamaan calon. Aku tak nak la ulas lebih-lebih pasal situasi politik di sana pasal penduduk di sana sudah tentu lebih arif tentang kehendak dan situasi politik di Kuala Terengganu daripada aku yang bernama ariff ni. Kalau parlimen Permatang Pauh, aku berani ulas dan yakin dengan ulasan aku dan harap xde la yang nak menyibuk lebih sudu dari kuah kerana ini citarasa dan pilihan oleh kami sebagai penduduk Permatang Pauh.

Tanpa mengira mana-mana parti politik yang ditunjangi, bagi sesiapa yang dah cukup syarat untuk mengundi tapi masih tak mendaftar dengan SPR tu, memang teruk la. Bertambah rugi kalau masa PRU 12 sudah boleh mengundi tetapi dia masih tak berdaftar dan terus tidak berdaftar walaupun PRU dah berakhir. Kesedaran bolehlah dikategorikan sebagai ZERO (maaflah kalau ada yang terasa. Memang patut pun terasa).

Selamat menunaikan kewajipan kepada mereka yang bakal mengundi dan jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab. Akhir sekali, semoga berjaya kepada semua calon-calon PRK 36.

Apa-apahal, layan kartun kat bawah ni.

Jangan lupa mendaftar sebagai pengundi sah. Mana tau wakil rakyat korang lak letak jawatan atau mati sok lusa.

Comments (1)