Hamsterku Bersalin

Tak tahu la nak cakap macam mana lepas sampai ke rumah semalam. Macam biasa, bila masuk bilik, mesti nak tegur-tegur dulu hamster. Nak bagitau tuan dia dah balik. Topup sikit makanan dalam bekas makanan dia dan biar dia main macam biasa.

Tapi hari ni pelik sikit bila tengok kenapa la banyak sangat gerombolan semut datang ke sangkar hamster ni macam nak tumpang sekaki makanan hamster aku topup tadi. Aku pun buang la semut-semut tu untuk mengekalkan kebersihan tempat tinggal hamster aku.

Sementara nk bersihkan sangkar dia, hamster betina tu aku angkat la letak atas lantai (hamster jantan dalam sangkar lagi satu). Hamster ni boleh kata dah jinak la. Letak atas lantai bilik, nanti dia main-main la sekitar bilik aku. Tak perlu risau hilang, dia tau nak balik sendiri. Haha..

Bila nak cuci sangkar hamster tu, tiba-tiba dengar bunyi macam ada bahagian sangkar hamster tu yang longgar. Bunyi macam tempat sambung extension tu ngok-ngek2. Jadi, aku biar la kejap nak amati bahagian mana yang bermasalah ni. Tapi bila dah pasang telinga betul-betul, rupanya bunyi tu dari celah2 bedding (habuk kayu) yang bertimbun. Belek-belek, rupanya ada anak hamster.

Ini lah ibu kepada anak hamster tersebut. Anak beliau dilahirkan di celah-celah habuk kayu tersebut

Inilah ibu kepada anak hamster tersebut. Anak beliau dilahirkan di celah-celah habuk kayu itu.

Rasa panik. Tak tau nak watpe. Excited pun ada gak. SMS awek sendiri gtau hamster dah dapat baby. Lepas tu kat parents dan kawan-kawan yang lain.

Apa lagi, pergi tangkap balik la hamster betina tadi yang tengah berkeliaran dalam bilik aku tu. Letak balik dalam sangkar. Alhamdulillah semua selamat.

Sekarang sangkar hamster tu aku letak tengah-tengah bekas air untuk elak semut daripada dapat masuk ke dalam sangkar tu. Doa-doa la ek anak-anak hamster tu membesar dengan sihat dan aktif seperti kanak-kanak Dumex.

11 comments received. Join them!

Study Week

Terjemahan dalam bahasa penjajah di akhir artikel ini.

Di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sekarang ni dah masuk study week. Tapi bukan kesemua pelajar UTP yang gunakan betul-betul study week tu. Antara sebabnya, ada pelajar yang masih dibelengu dengan saki-baki assignment, projek dan pertunjukan atau persembahan (dalam bahasa penjajah ialah presentation).

Bagi yang hendak ke medan internship semester hadapan, kerisauan bagi mereka yang tidak mendapat mana-mana tawaran lagi terus menjadi dilema. Bagi yang dah dapat tempat, penulis percaya bahawa majoriti pelajar dari UTP tak sabar-sabar hendak ke tempat kerja yang menawarkan suasana yang serba-baru seperti kelajuan internet yang membezakan UTP dan dunia luar terutamanya kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat yang diidam-idamkan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengganggu tumpuan sepanjang study week ni.

Golongan terakhir yang tidak dapat memanfaatkan study week ialah golongan yang masih lagi ‘lena’. Bergelumang dengan game seperti dota atau mana-mana permainan online lain. Golongan ini mempunyai kemahiran seperti Sylar (watak drama Heroes) iaitu kemampuan belajar hanya dengan ‘membedah’ buku, soalan peperiksaan semester lepas dan lecture notes dalam satu atau dua malam sahaja.

Maka untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan-golongan yang sentiasa diganggu sepanjang proses study week ini, penulis mencadangkan golongan ini klik pautan di bawah ini.

Cara mudah hadapi peperiksaan.

AMARAN: Penulis tidak bertanggung jawab atas keberkesanan tips tersebut.

p/s: Bahasa penjajah moden ialah bahasa rojak. Berapa banyak orang Melayu (terutamanya pemimpin politik) dapat bercakap dalam Bahasa Melayu secara keseluruhan apabila ditemuramah secara spontan? Perhatikan sendiri dalam berita malam ini.

3 comments received. Join them!

Salah siapa?

Pada satu hari, ketika seorang lelaki berjalan-jalan di Central Park, New York, dia tiba-tiba ternampak seorang budak perempuan sedang diserang oleh seekor anjing. Lelaki tersebut terus berlari ke arah budak tersebut dan berlawan dengan anjing itu.

Dia berjaya membunuh anjing tersebut dengan bergaya ala-ala superman. Budak perempuan tersebut terselamat.

Seorang polis yang kebetulan menyaksikan tragedi itu terus bergegas ke arah pemuda tersebut lalu berkata

” Anda seorang wira!!! “. Kamu boleh membaca tajuk akhbar esok, ” Brave New Yorker saves the life of a little girl “.

Pemuda itu menjawab, ” Tapi saya bukan orang New York! “.

” Oh, takpe, Tajuknya akan berbunyi ‘ Brave American saves a little girl’s life “, balas polis itu.

Pemuda itu membalas, ” Saya juga bukan seorang Amerika, maaf”. Lalu polis tersebut bertanya, “Oh, jadi, awak berasal dari mana sebenarnya? “

“Saya dari Iran “, balas pemuda itu.

Keesokan harinya, tajuk akhbar yang terpampang ialah.
Islamic extremist kills innocent American dog

2 comments received. Join them!

Email Berantai Bill Gates

Akhirnya terbongkar juga rahsia ‘kejayaan’ Bill Gates yang selalu manerjah peti email aku. Aku dah bagi tau kat posting aku sebelum ni yang benda ni palsu. Namun ada juga segelintir pihak tu yang acuh tak acuh terhadap pesanan aku. Sekarang dah masuk Harian Metro muka depan, puas hati aku. Kalau masih x celik, aku tau nak letak manusia macam ni dalam kategori apa.

Harian Metro 6 Oktober 2008 telah menceritakan bagaimana bahayanya program email berantai ini. Harap-harap kita lebih berhati-hati lepas ni. Maklumlah, dapat duit cara mudah semua orang nak. Tapi jangan sampai hilang pertimbangan sudah la.

Ini ada petikan dari akhbar tabloid tersebut.

***********************************************************************

Wang ihsan Bill Gates

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Taktik licik terbaru sindiket penipuan Internet dikesan menggunakan nama jutawan yang juga pengasas perisian Microsoft, Bill Gates, bagi memerangkap mangsa sindiket itu melalui e-mel.

Antara kandungan e-mel yang kini tersebar luas di seluruh negara ialah ‘tidak perlu mengeluarkan sebarang modal atau pelaburan, namun dijanjikan pulangan wang ribuan ringgit setiap minggu dengan hanya menghantar e-mel’.

Dakyah e-mel berangkai itu menyatakan Gates mahu berkongsi kekayaan melimpah ruah dimilikinya dengan pelanggannya, menerusi dua syarikat tersohor, Microsoft dan AOL.

Turut dinyatakan pesanan, pembaca yang mengendahkan e-mel berangkai yang dikirim itu bakal menyesal tidak terhingga di kemudian hari.

Malah, pengakuan yang dilampirkan bersama kiriman e-mel itu turut tertera dakwaan beberapa nama yang menerima wang dalam dolar Amerika Syarikat, dimasukkan melalui akaun bank.

Namun, setiap pembaca yang mengirim semula e-mel itu perlu memberikan butir diri seperti alamat dan nombor akaun bank sebelum menerima wang berkenaan.

Untuk meyakinkan pembaca e-mel, nama penjawat kanan badan berkanun iaitu setiausaha kepada Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah, Norhafizah Abdul Halim, turut dinyatakan sebagai antara pelanggan bertuah yang menerima kononnya ‘wang ihsan’ Gates itu.

Pengakuan menerusi e-mel berkenaan mengatakan kononnya Norhafizah menerima wang RM5,449 dimasukkan ke akaunnya selepas melanjutkan e-mel itu kepada pihak lain.

Bagaimanapun, Norhafizah, 27, ketika dihubungi Harian Metro semalam menafikan mendapat wang ‘terpijak’ itu dan mendakwa ada pihak tertentu menggunakan butir dirinya serta tidak tahu tujuan pihak terbabit.

Katanya, dia langsung tidak percaya walau apa juga jenis skim, pelaburan atau segala bentuk kenyataan menawarkan wang tanpa berusaha.

Dia yang terkejut apabila dihubungi Harian Metro menyatakan jika boleh mendapat ribuan ringgit dengan hanya duduk saja, lebih baik berhenti kerja.

“Saya tertekan sehingga mengganggu kerja apabila menerima ratusan panggilan dan e-mel sejak maklumat diri dipergunakan di Internet mengenai wang ihsan itu.

“Nama, jawatan dan nombor telefon yang tertera itu sebenarnya bagi tujuan urusan kerja yang dipaparkan di laman web Mara.

“Tapi saya sudah hubungi pegawai sistem maklumat Mara di ibu pejabat Mara Kuala Lumpur untuk membantu mengatasi masalah itu dan ketua (pengarah) di Kedah turut diberitahu,” katanya yang membuat laporan polis.

Sementara itu, Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd yang juga pengasas dapat.com, Azli Paat, menjelaskan e-mel berantai seperti itu digunakan sindiket untuk menjual nama, alamat, e-mel dan nombor telefon mangsa kepada syarikat tertentu.

Mengulas lanjut, katanya, kebiasaannya syarikat yang membeli butiran peribadi itu menjalankan perniagaan tidak sah seperti gores dan menang.

“Ada juga butiran peribadi mangsa digunakan bagi penipuan akaun bank. Kegiatan seperti ini lebih bahaya daripada ancaman virus.

“Virus boleh digugurkan melalui antivirus, tapi sindiket menjalankan urusan jual beli maklumat peribadi ini mengaut untung dengan menganiaya pemilik maklumat itu,” katanya.

Azli berkata, harga setiap e-mel atau butiran peribadi lain bergantung kepada perniagaan yang dijalankan iaitu boleh bermula daripada 20 sen hingga sekitar RM5.

“Bayangkan jika maklumat yang dijual dalam skala besar padahal modalnya hanya cipta satu skim boleh menarik pelayar laman web,” katanya.

Menurutnya, dia turut menerima banyak e-mel menawarkan wang, tapi mengambil tindakan membuang atau meletakkannya dalam fail spam.

***********************************************************************

p/s: Nak dapat 1 sen dari advertlets.com pun susah walau hanya klik je iklan kat tepi ni.

2 comments received. Join them!

Aidilfitri Kita Raikan

Daku menyusun 10 jari memohon maafkan salah dan silap. Maafkan keterlanjuran kata dan keterlaluan aksi andai terguris hati rakan-rakanku sekalian.

Moga perjalanan pulang ke kampung menziarahi keluarga tercinta diiringi dengan naungan Ilahi agar selamat berjumpa dengan yang tersayang.

Hayatilah 1 Syawal dan raikanlah dengan takbir di hari raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Be the first person to comment on this topic

Harga Minyak Malaysia Turun Lagi

Fikirkan berdasarkan analisis tersebut (Klik pada point untuk mengetahui sumber berita)

Aku dah mula nampak hasil keputusan kabinet kerajaan Malaysia berdasarkan artikel tersebut.

Jangan lupa mengunjungi sanak-saudara dan sahabat-handai di hari raya kelak menggunakan harga minyak baru.

4 comments received. Join them!

Superhero yang penat

Semua orang perlukan rehat dan tidur yang cukup. Begitu juga dengan superhero. Ni ada contoh superhero yang perlukan rehat dan tidur. Kasihan superhero, baru penat lawan raksasa kat Melbourne.

p/s: Gambar di atas ialah gambar superhero.

Comments (1)

Hantar SMS kepada polis sebelum balik kampung

Ramadhan akan berlalu beberapa hari sahaja lagi, bagi warga kota terutamanya, sudah tentu akan meninggalkan bandaraya tempat bekerja untuk pulang ke kampung halaman. Di sini ada langkah-langkah awal yang boleh di ambil hasil kerjasama polis dan masyarakat.

Taip POLISKL BK (alamat rumah) (tarikh bercuti) dan hantarkan ke 32728 atau menghubungi hotline Rakan Cop Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Setiap SMS yang dihantar ahli Rakan Cop adalah percuma manakala bukan ahli dicaj 50 sen.

Selamat bercuti.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20080922154157/Article

Be the first person to comment on this topic